Monday, February 16

LTdL di Bangi

selamat malam..berita tropika..eceh..ala ala watrawan pulak aku, eh, wartawan..tajuk yang berkaitan adalah Le Tour de Langkawi..pada 9 Februari yang lalu, skuad wartawan tropika telah berjaya merakamkan aksi pasukan lumba basikal Le Tour de Langkawi yang sempat menjelajahi sekitar bangi..pada mulanya, skuad wartawan yang terdiri dari cik ani dan cik lee ingatkan eksiden, rupanya polis telah memblok jalan-jalan utama yang menyebabkan jem di kawasan komuter, malah kawasan tropika turut terjejas..oleh kerana kelebihan menaiki motosikal yang boleh menyelit-nyelit, skuad kami berjaya sampai di bahagian hadapan sekali..punya lah lama skuad kami berbumbungkan matahari sebab dah tengahari lah katakan..tujuan skuad kami pada hari itu ialah melaksanakan kewajipan di makmal walaupun cuti am (thaipusam) telah turut terjejas akibat tempoh lama yang diambil pasukan pelumba basikal..namun aksi mereka menarik perhatian kami..saksikanlah bersama-sama..
En. polis yang tabah menjalankan tugas melapangkan jalan raya

En. polis dengan motor idaman cik lee (skuad tropika)

Salah sebuah kenderaan skuad LTdL

Wartawan luar negara yang turut membuat liputan

Para pelumba yang baru tiba

Mungkin terdapat sehingga 50 pelumba

Para pelumba yang di barisan belakang (Gambateh!)

Beberapa motosikal polis yang mengescort para pelumba
Keadaan di jalan raya selepas kejadian

Skuad wartawan berjaya sampai ke lokasi tujuan yang sebenarnya
Majulah sukan untuk negara!

3 kritikan:

Anonymous said...

hahahaaa..ade bakat jd wartawan tb tropika neh..kekekekke

Siti Sifir said...

nasib baik berjaya jugak sampai ke jalan yang benar akhirnya. hihi.

Unknown said...

cik jatt
thanx sbb support me as reporter. i think its nice if we work together, u pembaca berita, i wartawan di tempat kejadian.heheh

cik ralat,
sememangnya sudah terniat di hati, so terpaksa melakukan juga apa yg dihajati..hehe