sunday lunch hour during fasting month:
damn!!
Sunday, August 29
Tuesday, August 24
One happy family #1
Kali ini aku nak kenalkan anak-anak aku selain yang dah diperkenalkan sebelum ni, iaitu Sara.ni anak-anak aku yang lain yang selalu menceriakan hidup aku dan Mr Lee.mungkin jgak hosmet2 ku sekalian.walaupun kadang-kadang termuntah,terbuang air kecil dan besar kat tempat yang tak sepatutnya.sorry ya kawan-kawan bagi pihak dorang.who knows?
dalam kenangan: Ni nama dia Effy.seekor male yang sangat tegap badan dia dan selalu mengusik-ngusik adik2 dia, Winnie and Ezza kat bawah ni.tapi.......dia dah xde.mungkin sebab tetanus.lebih kurang sebulan yang lalu.dia ada breed shorthair yang hampir pure dan hitam berkilat.
Ni adik dia Winnie, nama diletakkan sempena nama penulis blog ni, ubah sikit jer.ada sikit rupa bengal kat badan dia hasil dari breed bapak, dan mix shorthair jugak hasil dari mak.
Ni budak perasan comey (memang sangat comey).selalu menunjuk-nunjuk ekor dia yang lain dari orang lain tu.nama manja Gebush.nama betul Ezza.dia ni dapat breed persian kot sebab bulu dia tu panjang and kembang.badan pon lembik je bila pegang.
Ni dah setahun bersama aku dan Mr Lee.kebanyakan masa bersama Mr Lee.ye la.jantan mesti dok dengan laki kan.kan umah aku ni banyak girls,so xnak dia mengada sangat.nama dia Toby.bapak si Effy, Ezza dan Winnie.breed bengal yang dah mix persian.
Ni partner Toby yang first.and my first pet jugak breed shorthair yang dah mix persian.dah dekat 3 tahun kot dia bersama aku.dan yang paling senang nak dijaga sebab kelakuan dia yang sangat baik dan paling susah nak dengar suara.aktif dan sudah semakin gemuk sekarang.dah dua kali beranak.first time satu dari dua je yang survive,second time dua dari tujuh je yang survive.yang Winnie and Ezza tu yang second time la.
dalam kenangan: Ni nama dia Effy.seekor male yang sangat tegap badan dia dan selalu mengusik-ngusik adik2 dia, Winnie and Ezza kat bawah ni.tapi.......dia dah xde.mungkin sebab tetanus.lebih kurang sebulan yang lalu.dia ada breed shorthair yang hampir pure dan hitam berkilat.
Ni adik dia Winnie, nama diletakkan sempena nama penulis blog ni, ubah sikit jer.ada sikit rupa bengal kat badan dia hasil dari breed bapak, dan mix shorthair jugak hasil dari mak.
Ni budak perasan comey (memang sangat comey).selalu menunjuk-nunjuk ekor dia yang lain dari orang lain tu.nama manja Gebush.nama betul Ezza.dia ni dapat breed persian kot sebab bulu dia tu panjang and kembang.badan pon lembik je bila pegang.
Ni dah setahun bersama aku dan Mr Lee.kebanyakan masa bersama Mr Lee.ye la.jantan mesti dok dengan laki kan.kan umah aku ni banyak girls,so xnak dia mengada sangat.nama dia Toby.bapak si Effy, Ezza dan Winnie.breed bengal yang dah mix persian.
keyword
anak-anak
Tuesday, August 17
Bersungguh-sungguh
Tajuk berita pada kali ini ialah hardworking..sama je la maksudnya..rajin dan bersungguh-sungguh..sapekah? err..saya la..huhu..setakat sekarang ni tido 3 jam setengah je, lagi banyak jam tu adalah membuat kerja+tengok tv+makan dan yang sewaktu dengannya..tapi untuk kes tido, hanya 3 jam je yang terpaksa diperuntukkan..kenapa cik wanie tido kejap je nih..haritu bukan main bersungguh buang tebiat tido je..sekarang adakah cik wanie sudah berubah..??
jeng3x--
mana ada daa..biasa je..cuma semalam tak rasa nak tido sangat..tengok la lepas ni, abes dia qadha yang hari ni punya..isk..isk..cik wanie..cik wanie..
tak tau la kan jadi macam tu ke tak..harap2 idak le..mungkin semalam terkena penangan nescafe ais kot [terliur pulak sekang]..atau terkena penangan sup cendawan Cik Wa..atau jugak sebab termakan kek Cik Zaty yang mahal tu [dahle dia pon konpius kek tu berkulat ke tak]..adoyaii..tapi apa pon, syabas meri beti! kata cik-cik hindustan..semoga teruskan usaha kurangkan waktu bertidur [jangan ikut tatabahasa yang tak betul-akibat kurang tido agaknya]..
keyword
tido
Sunday, August 15
Kehilangan
Hari ni aku telah kehilangan sebahagian lagi makhluk istimewa dihatiku..nama dia Cik Cream (seekor kucing)..semalam baru je bawak dia gi klinik..entah kat mana yang tak kena, hari ni dia pergi untuk selamanya..
isk..isk..
tolong doakan mama dan papa ye..harap2 mama dan papa dah bagi Cream hepy masa Cream dok dengan kitorang..
keyword
hilang
Saturday, August 14
Tido sampai sakit kepala?
tak tau pulak kenapa sejak puasa ni tabiat tido semakin menjadi-jadi..yang agak teruk jugak le..huhu..sampaikan kepala dah jadik sakit giler sebab tido..yeke? wallahualam..aku pon tak tau,tapi aku rasa sebab tu la..ke aku salah makan..tapi orang len a.k.a hosmet len xde pulak terbungkang macam aku nih..ke aku makan ubat batuk..ke aku kurang bersenam..ke emosi tak stabil..banyak jugak rupanya sebab aku jadik macam tu ek..
err..xtau la..
harap2 lepas ni aku xjadik macam tu lagi..tiba-tiba teringat nak balik kg..isk..isk..sedihnya..
keyword
sakit kepala,
tido
Thursday, August 12
Selamat konvo kepada yg konvo tahun ni
Selamat hari konvo kepada Mr Nan a.k.a sweetheart Cik Ida..aku dan Cik Ida diberi peluang utk masuk ke DECTAR menjadi wakil kepada mak ayah Mr Nan..sebab mak dia lumpuh dan ayah dia dah xde..tapi atas usaha dia abes kan master, akhirnya dah konvo pon..syok pulak tengok org konvo..utk kali kedua..hehe
turn aku? bila lagi?
aku harap mak abah dapat lagi sekali masuk DECTAR utk tengok aku amek ijazah sarjana pulak..tolong aminkan..aminn..
aku harap lagi dapat konvo dengan Mr Lee seterusnya merapatkan ukhwah 2 family..cewah..amin lagi..amin..
keyword
konvo
Sunday, August 8
Ahlan wasahlan Ramadan
Lagi 2 hari je nak melantak sebab Rabu ni dah bermula bulan Ramadan..ada gak terpikir nak balik kampung, tapi bilik teringat kerja yang tak siap ni, pening jugak la kepala..dengan anak2 mama lagi kang takde sapa nak jaga pulak..sekor je takpe,tapi 6 ekor..seronok aku tengok dorang ni tido lena dekat aku..aku harap aku dah jaga dorang dengan baik..harap2 takde lagi kehilangan anak2 kesayangan ni..tolong doakan mama ye sayang2ku..
*dah melencong bab pulak ni*
aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia ni..semoga kita dapatkan tingkatkan amalan di bulan mulia ni, dan semoga puasa tu memberi kita pengajaran dan rahmatnya dilimpahkan ke atas kita..
Tahniah jugak buat adik hosmet yang rajin Cik Wawa (bukan nama sebenar) dan buat kawan sepengajian di Sains nuklear tu a.k.a sweetheart hosmetku Cik Ida, Mr Nan yang masing-masing akan berkonvo pada esok dan hari Selasa..
kepada hosmet Cik Ralat dan Cik Senyum (or nama sebenarnya Teha), semoga kita mendapat berkat itu, dan dapat berkonvo bersama-sama tahun depan [i'Allah jika panjang umur murah rezeki], dan semoga sweetheartku, Mr Lee, pon dapat berkonvo sama2 sterusnya menemukan keluarga kedua-dua belah pihak..aminnn..
Tahniah Mr Lee sebab tadi dapat memiliki Mr Rocky (lappy) yang dibeli kat The Mines..semoga anda diberi kekuatan dan kesabaran menghabiskan coursework MSc di UKM ni dalam tempoh setahun..
akhir sekali, semoga bulan mulia yang bakal menjelma ni memberi aku kekuatan untuk menyiapkan Cik Tess..amiiinn..
keyword
Ramadan
Saturday, August 7
Jangan jadi habit
Entry ni cuma nak mengingatkan diri sendiri supaya lepas ni cuba tido awal.huh.
*mengeluh*
dah lama mata aku xbertahan sampai waktu macam ni. setakat yang bole tahan before ni pon jam 2-2.30 pagi je.tapi apa nak buat, time siang hari merapu xingat dunia.dah buka dah cik Tess (a.k.a tesis) depan mata, pastu main [main kucing, tido, baring, golek-golek, tengok tv, baca blog org, donlod dan termasuk juga pelbagai permainan lagi].huh.
*mengeluh lagi*
bila mata dok tahan macam ni, perut mula la berlagak lapar konon, tadi malam dah makan kot.melampau.sekarang dah xtau nak tulis apa lagi kat cik Tess, kalo sehari dapat taip dua baris je, agak2 bila bole siap hah?
esok aku berangan nak bangun awal, buat keja.ntah jadi ke tidak,dem!
oleh sebab sekarang tengah bulan merah, lagi la sedap tido xhingat donia.
mungkin sebab tu jugak kot aku punya emosi terganggu, metabolisme badan dah xbetul, angin pon xberapa bagus.sekejap ok, sekejap rasa nak merajuk, sekejap rasa bengang.apa pon rasanya, semua rasa yang tidak enak dan aku tak suka.
emosi xbagus, sila main jauh-jauh.anda menjejaskan reputasi saya sebagai seorang yang rajin.yeke? ye kot.
mata dah pedih, sembab pulak tu. ok la.nite.
keyword
emosi
Subscribe to:
Posts (Atom)




