Monday, November 9

mesej best

hari ni walaupun rasa penat sangat balik dari ukm, tetapi best sebab dapat mesej dari Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun yang diselangi mesej dari teman jiwa..sebab ia merupakan mesej compliment yang menaikkan semangat aku nak wat keja..dan penat lelah hari tu tak rasa langsung sebab mesej tersebut..huhu..

walaupun aku tengah berusaha nak start menulis tesis, aku rasa semangat pulak nak menulis paper lagi..hahahaaha

ngengada..bila suh buat nak mengomel pulak..yela,manusia kan..

huhu..nanti aku merapu lagi sebab letih la..

daa~

Sunday, November 8

weekend berehat-rehat

huh, hari ni berjaya jugak untuk kesekian kalinya mengemas rumah serba sedikit..bukan apa, takut waktu aku kesibukan nanti tak sempat nk ngemas, jadi sementara tak berapa nak kelam kabut sangat ni aku pun menjalankan kewajipanku sebagai ahli tropika..dan oleh kerana perut aku dah berlagu, bergerak la aku dan ijat membuang sampah dan terus membeli nasi..cuma tinggal toilet je tak sempat nak cuci lagi..tapi ok kot lagi sebab baru minggu lepas je aku cuci..

sejak dua tiga menjak ni, aku rajin la jugak ngemas dan cuci apa yang patut..aku rasa orang lain pun macam tu jugak..kadang2 ada hari yang kita malas nak wat apa2, mood pun tak berapa seimbang, kita nak mengambek angin kat luar ke, kita ada kerja ke, nak ke lab ke, nak ke umah sedara ke, nak melayan blues ke and macam2 lagi la..kadang2 jugak ada hari yang kita sangat hepi, kita rasa kita rajin, kita rasa ringan je kaki and tangan nak wat keja, rasa ringan je kepala nak belajar and macam2 lagi la yang kita nak buat..so, sebab tu la kita buat..dan kita tak buat masa kita tengah tak dak mood, masa tengah sakit kepala..kan..kan..kan..

jadi, apa yang nak aku cakap kat sini, aku dah siap correct paper..huhu..bersungguh2 siang dan malam..siap jugak akhirnya..ish, bukan itu yang nak dicakap..aku nak cakap, bila kita rasa nak buat sesuatu, buat je la..supaya tak rasa nyesal ke, apa ke..tapi, kita kena kisahkan jugak benda or org2 disekeliling kita ni..amek berat persekitaran kita..bukan dok dalam tempurung sendiri je..tapi, bila kita rasa nak marah, jangan buat, sebab nanti bila kita buat jugak, ia akan efek kat benda yang kita buat tu..

berbasa-basi pulak kat sini..huhu..actually, dah lama tak merapu kat sini..bila nak merapu ni kena la susun ayat sikit..dan semua nya tidak berkaitan dengan hidup sesapa pun melainkan hidup aku je..so, amek la iktibar mana yang patut..terasa mengantuk la pulak lepas kenyang sarapan tadi..

later, aku merapu lagi la..daa~


Tuesday, November 3

pembaziran hari

haluuu..wah..agak kepenatan hari ni..walaupon tidak banyak kerja yang berjaya dilakukan..pepagi lagi aku dah memonteng dari pergi ke ukm..tapi.....ada tapinya,aku buat la keja kat umah ni..walaupun sakit tangan masih tak nampak macam nak lega, tapi tak kan la aku nak bagi alasan lagi kan..huhu..tapi, hari ni aku banyak menyetelkan beberapa perkara seperti pergi ke tm point yang selalunya ramai je orang..dan bila time aku plak, punya la lmnya dok kat kaunter tu sampai kena saman la sebab parking suka hati..skali bayar bil tenet la kan..

fuhh..abes apa lagi..bila tengah lapa, layanan kedai "tut" plak tak memuaskan langsung sampai aku blah la dari kedai tersebut..g cari tempat lain la,apa lagi..then lagi, aku ke ukm jgak la..g anta cik-cik sampel..bukan aku punya jgak, "tut" yang punya..tak leh setel gak sebab orang jaga alat tak dak plak..

wah,banyak jgak dugaan hari ni..dengan tak semena-mena aku bayar bil letrik la skali, dah alang2 lalu, bukan senang sikap rajin membayar ni datang..rupa-rupanya baru aku perasan yang duit semakin tidak memberangsangkan..tapi, aku tidak berputus asa menghabiskan hari yang dah terbazir ni dengan merayap ke mines,mencari "tut" jgak..dan setelah berfikir sebanyak yang mungkin menggunakan otak kiri, aku pon berjaya membooking "tut" tersebut..hahahah

dan, keadaan semakin tidak baik bila aku balik ke rumah dan berfikir lagi tentang masa depan..perbelanjaan semakin bertambah..bermaksud masalah semakin bertambah..membuatkan aku menyesal sekejap menerima promosi akak astro..huhu..tapi, aku sedang mencari jalan yang terbaik untuk diri aku dan semua orang..

demmmm!! aku belum mendapat jalan yang terbaik..aku rasa nak tido..gudnite..kerja banyak yang tertangguh bermaksud makin kabur jalan di hadapanku..bermaksud jugak yang aku kena banyak tido..maybe leh berfikir dengan baik..

nite..~~

Sunday, November 1

minggu sukaneka

Sebaik tiba di lokasi..
kenangan bersama moto si pelumba stoner..

YDPA yang datang to welcoming the participates


sebelum perlumbaan dimulakan..

lorenzo yang mendapat tempat keempat..

pemenang bagi perlumbaan kali ini, juara dunia dapat tempat ketiga..

masa untuk party..hahaha
moto pelik yang jarang nak jumpa..


ini bukan sebahagian perlumbaan, tapi jem semasa balik..

dengan rasminya minggu lepas diisytiharkan sebagai minggu sukaneka..ini kerana aku telah menghadiri event yang dianjurkan oleh petronas kot..huhu..sesaje la menghabiskan hujung minggu di sepang tu..lagipun tak jauh pun dari bangi ni..haha..
layan je la gegamba di atas ni~~


Tuesday, October 27

suatu hari semasa open house

suatu hari semasa open house...

beberapa tetamu yang dikenali berjaya mencari rumah baru si tuan rumah..

dan tanpa berlengah lagi, makan bersama-sama dengan tuan rumah yang penat menunggu kedatangan tetamu yang jauh..


selepas makan, maka bergambar lah si tuan rumah dengan tetamu-tetamunya..semuanya kekenyangan..

akhir sekali tetamu pun nak berangkat pulang, and last frameee.....klik!..done


until then, daa~~



hari yang panjang

huh..hari yang agak panjang hari ni..memandangkan aku ni satu-satunya student yang boleh disuruh melakukan kerja (perasan sekali- sekala), terpaksalah aku dengan bersungguh-sungguh membantu Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun dengan seikhlas hati..maksudnya ikhlas la, cuma hari ni macam letih sikit sebab terbangun awal, jadi memaksa diri menjadi ikhlas melakukan kerja..kerana Allah..niat tu penting..

at least aku dapat ilmu lebih hari ini, walaupun bukan bidang aku, tapi, tu la namanya student..kena buat kerja orang lain jugak..nak dapat berkat pun satu..nak jadi orang yang nak belajar pun satu jugak..jadi, tak rugi pun..siap dapat lesen untuk publish lagi..ada nama tu, author lagi..huhu..tapi, entah bila aku pun tak tau la..si tesis pun lum leh start tulis lagi..ni kan pulak nak wat paper lagi..

bercakap pasal paper nih, paper aku dah siap dikomen oleh Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..fuh,memang merah je tengok paper aku tuh, diconteng dengan ink merah menandakan,

"you shouldn't do that, do this." or "elaborate more on this.", macam tu a maksudnya tulisan merah tersebut..

until now, aku blom correct pun paper tuh, sebab tak sempat la mengarrangekan sampel Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun tuh..huhu..hope dapat prepare sampel this week..and by next week dah boleh analyze..

and then, hari ni papa to my wana and kittu tak dapat pergi keja disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan..reasons to that case caused by manchester kalah kot semalam..dan si pemikir ni memikirkan apakah nasib manshester in the future..hehe..jangan marah ek dear..than mummy of wana and kittu dah meninggalkan ubat-ubatan yang merupakan panadol untuk papa..hehe..

seronok pulak menyebut seperti itu..boleh ke?

pastu, saya baru sudah menonton ugly truth sesorang dan berketawa syok sendiri kerana ahli rumah yang lain sibuk dengan kerja masing, contohnya Jat-study untuk exam berselang seli dengan ym dan maybe fb kot (aku tak nampak, laptop dia jauh sket), Zaty-saat ni sudah beradu, td berfb, Bb-mendengar lagu sambil bernyanyi girang (talented untuk masuk AF)..huhu..saya sudah mengantuk sekarang..and now i really miss my baby, dating with sumbody called Bob..this is my baby..

until then..daa~

Friday, October 23

misi success

huhu..baru pas mandi je ni..segar sikit la, tp lebih banyak kepada sakit kepala..hari ni tepat jam 12 tengahari tadi, aku dengan suksesnya telah berjaya menghantar paper aku kepada Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..dapat je paper aku tu, gelak2 sambil buat muka, sambil cakap,

"ok2, saya tengok dulu,hehehe"..laaaa...sempat pulak dia gelak kat aku, berkata aku di dalam hati..

hisshh..panas betul aku..belek-belek sampai kat last sheet tu, sambil dok kira, "1,2,3.......10", sambil terhangguk-hangguk..tengah kira references aku rupanya..macam la aku ni copy and paste je..hishh...

tak pe lah..dia tu lecturer..memang kena supervise aku pon, jadi aku kena sabar je la..huhu..kalau berjaya abeskan study ni dengan baik, memang lega sangat la..takut jugak bila fikir..

so, misi bagi minggu ni berjaya diselesaikan..petang tadi hajatnya nak beradu, tapi ada benda pulak kena buat..so, waktu tido aku belum lagi dicover..maybe esok kot..huhu..

maka, perjuangan bagi menyelesaikan misi seterusnya harus berjalan dengan baik..sila rajin ye..pesanan untuk aku je..

later..daa~

Thursday, October 22

besday 2009

huhuhu..tetibe rasa nak berblog lagi..ni semua pasal ritu la..entah napa entah guna kabel smbung kat tepon ni, tak boleh pulak nak transfer gambo..tu pasal la banyak je tertangguh nk share kat sini..hehe..padahal aim mingu ni nak anta paper, lom pon siap lagi..part discussion yang tersangkut sikit..so, aku nak share pics sikit pasal besday aku ritu lepas raya..kejadian berlaku semingu lepas raya..huhu..agak2 je la tarikhnya ye..kek ni akak yang belikan..dan KFC tersebut juga merupakan makanan sampingan pada hari tersebut..masa makan kek ni, ada akak, anak2 dia and mak and adik aku je..huhu..takla meriah sangat, tapi boleh la dijadikan kenangan untuk aku..abah ada gak, tapi tido sebab puasa enam..ish3x..kalau nak diingatkan, lama jugak tak sambut besday kat umah aku, kat kedah nun..setakat time dewasa ni, ni second time kot, 1st time masa raya bila ntah, smbut 4org skali dgn anak2 buah..masa kecik pulak, last darjah berapa entah..lepas tu memang tak merasa pon nak makan kek..seingat aku la..kalau aku lupa tu, tak tau la plak kan..kikiki..pastu masa aku merantau ke bangi ni ada la beberapa kali jugak makan kek besday aku..terima kasih kepada semua insan2 yang mengingati dan sudi meraikannya..masa dok umah sewa kt sg tangkas ni pon penah gak bebudak rumah wat surprise..walaupon tarikh besday dah lepas, tp dorang tetap sambut jugak..memang surprise la sebab aku memang dah tido..pastu tetiba nyanyi lagu kat tepi telinga dengan keknya sekali..huhu..thanks kat korang semua..









tu la sikit2 sejarah aku dulu2 kala..kat sekolah menengah pon tak pasti pulak penah sambut ke tak..tapi ada la kawan2 aku nyanyi lagu time pukul 12 tengah malam..dok asrama kan, macam tu la aktivitinya..sekolah perempuan semua pulak tu,memang bising la sikit..huhu..pasal sekolah, nanti pulak kita sembang ye..sekarang layan la dulu kek aku yang tak seberapa ni..huhu
p/s: nite..daa~



Anniversary gift

hari ni ok sket dari semalam..tapi kesengalan dalaman masih ada lagi..aku tak ada jawapan untuk soalan 'kenapa'..hahaha..yang penting, aku nak cerita kat sini ialah aku teringat surprise yang aku dapat sempena ulangtahun kami yang ke.........huhu..mana boleh cakap..segan dowh..



kami? kami tu terdiri dari dua orang insan yang ada perasaan antara satu sama lain..huhu..teringat pulak masa di Kolej Ibu Zain dulu..tak pe2..yang tu lain kali cerita..ni ha aku bagi sikit gambar berkaitan hadiah tersebut..comey and meaningful..


eventhough it is small, but it worth to make someone happy..huhu..and the date is lebih kurang sebulan dari today..lepas raya hari tu la..hehe..

ok gak kan..sebab atas keychain tu dia macam ukir gambar kita la..pastu boleh je nak tulis pape kat belakang keychain tu..tu la sedikit sebanyak yang dapat aku share mengenai happy time aku ni..

p/s: thanks to you..=)

till then..daa~



Tuesday, October 20

kesengalan

sedang aku ingin mengemas barang2 ku kerana ingin beradu awal, tetiba aku telah kehilangan kerja seharianku menaip dan berfikir gara2 aku tidak menyimpan file tersebut..bukan tak nak simpan, aku sebenarnya nak simpan, tapi entah mcm mana aku tertekan 'no'..dan dapatlah hasil dari 'no' tersebut..kalau menjerit pon tak boleh dapat balik file tu, jadi aku amik keputusan untuk berdiam diri je..dah la aku sebenarnya dah tak larat nak fikir, dah la rasa macam teruk je kebelakangan ni..

hmmmm..aku sendiri pon tak pasti sebabnya..konflik ke, penat ke, serabut ke, lapar ke..huhu..entahla..jadi, aku mula balik menaip apa yang masih aku ingat..sekadar menyedapkan hati sendiri la..sebab mingu ni memang kena hantar juga keja ni..lagi memilukan hati, line tepon aku tak berapa nak elok pulak menyebabkan mesej yang dihantar tersekat di tengah jalan..contohnya, kalau mesej dihantar dari sg. tangkas ke seksyen 3, tapi tersekat kat ukm..macam tu la..jadi, apabila beberapa kali aku mempushkan mesej tu, dapatla jugak..tapi bila selalu sangat, aku jadi macam letih plak tengok henpon tu senyap je..hmm..xpe, lagipon orang yang nak dapat mesej tu pon mungkin dah tertido kot keletihan..harap2 macam tu la..sweetdream ye babe..sebab dia macam tak sedar je..huhu..

bila aku tengok urat2 mata aku ni dah sengal kemerahan, aku pon rasa sakit kepala mula menerpa..hishh..menulis novel plak..okei la..rasa macam nak mngundur diri dulu..

p/s: sweetdream to all...@_@

Monday, October 19

dah ada kemajuan nampaknya

selepas bertungkus lumus seharian menumpukan sepenuh perhatian kepada paper nih, akhirnya sedikit sebanyak nampak kemajuan dalam hasil aku..walaupon tak sempat nak abeskan, tapi tak banyak dah yang tinggal untuk disiapkan..bahagian result and discussion dan juga conclusion..tapi, aku hanya bekerja dari rumah sahaja memandangkan kemalasan tahap gaban untuk mengemaskan laptop dan barang2 untuk dibawa ke sains nuklear punya bangunan..tapi tak boleh la hari2 malas macam gaban, kena la jugak rajin macam Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..kalau tidak nanti adalah lagi ceramah yang tak patut aku dengari di hujung2 telinga ni..

hahaha..so siap 1 bab..bab kedua plak, aku baru teringat jugak yang aku belum start menulis tesis..ini sudah danger ni..amaran tsunami telah dikeluarkan..diharap aku dapat melakukannya dengan segera..hehe..warning untuk diri sendiri..kepada sesiapa yang rasa tak siap keja jugak, jadi amaran ini jugak adalah untuk anda..so, get ready!

cewah..bukan main lagi la nak mengingatkan orang lain..bab ketiga pulak ialah janji aku dengan Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..adoyaiii..bendanya tak jumpa lagi..tu yang paling risau buat masa sekarang..hush2x..

sabar je la..last but not least, hepi besday untuk akak aku yang pertama..yang menyambut hari jadinya yang ke.....jap2 nak calculate..yang ke-35..huhu..tak caya plak..rasa macam muda je lagi..ni ha kek yg dia dapat surprise dari husband dia..aku pon tak dapat makan,bau melalui sms je kot..hahaha..




later~ daa~

perkara lama2

huhu..esok dah senin..malangnya hari ni cuma siap introduction untuk paper aku nih..g open house la, tido 2 3 round, g membuang masa dan bermacam2 lagi la membuatkan paper ni tak kan berganjak dah kemajuannya..takpa2..pelan2 la kan..jangan kelam kabut,nanti salah pulak wat keja..pastu nanti siap kena perli plak dengan Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..kena perli kaw2 plak tu..hisshhh..tak boleh diingat kembali..sedih, Tuhan je yang tau..

dah la kan..yang lepas tu lepas la..banyak jugak benda sedih yang baru berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni..tapi lama dah la..semuanya benda2 lama..so, tak payah la diingat kembali..kadang2 membuatkan keadaan di masa depan lebih buruk, kadang2 membuatkan keadaan di masa depan lebih baik..rasanya kalau diingat tu takpa lagi, cuma jangan sampai terluah pulak kat mulut..sebab orang yang terluka kadang2 tak suka, tapi orang yang bersalah macam aku ni kadang2 nak je mintak maaf hari2 atas kesalahan yang dulu2 tu..mungkin sebab takut ada perubahan akan berlaku selepas tu, tapi yang penting sekali,pastinya takut kehilangan seseorang..wah2, beremosional pulak..

bukan la apa kan, aku ada satu kisah seorang kawan ni, dah 3 tahun jugak mengenali beliau..yang aku tau sepanjang kenal dia ni memang dia cukup syarat sebagai seorang ahli couple yang berjaya..3-4 tahun jugak la dia sudah berteman..dia ni comey jugak la..sekarang dah jadik cikgu pulak kat nun kedah tapi dia ni orang pahang la..lepas dia graduate 2tahun lepas aku dengar berita dia punya ahli couple seorang lagi tu dah bertunang dengan orang lain yang jauh sangat perangai dengan kawan aku sorang ni..ish3..nauzubillah..

katanya dia telah diubat guna-gunakan oleh tunang dia tu..dia memang tak tau apa2 semasa kejadian pertunangan berlaku..dan kawan aku ni pon bawaklah si buah atinya tu pergi berubat..macam2 la tempat dan tok guru dah pergi berubat, namun tiadalah hasilnya..entahla..dalam kes ni, aku pon tak tau nak komen macam mana..mungkin la jugak si buah ati kawan aku ni sememangnya masih rasional, mungkin la kan..atau mungkin betul jugak yang dia di santau oleh si tunangnya..tapi sampai hari ni aku dengar yang buah ati kawan aku ni tak pulak memutuskan pertunangan tanpa kerelaannya itu..jadi, konklusinya kawan aku masih single la sekarang..mungkin masih menunggu si buah ati atau mungkin jugak mencari penawar untuk hati dia..

jadi, aku nak cakap yang hargailah seseorang yang sentiasa berada bersama anda susah dan senang, tak kira la kawan-kawan (di tempat kerja atau dirumah) dan insan tersayang (bf, gf dan family)..dan jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiiiiii.......

Saturday, October 17

imigrasi

imigrasi ni maksudnya berpindah la..huhu..actually aku nak cakap pasal jiran terdekat ku yang nak berpindah dah..dulu satu aras je, tapi tak taula sebab apa kan, tak dak angin tak dak ribut tapi ada hujan rintik2, mereka serumah mengambil keputusan berpindah rumah..dari apartmen kepada rumah teres 2 tingkat..wah2x..orang berkerjaya la katakan..kalau macam aku dan hosmet sekelian ini hanyalah pelajar sahaja, dan tidak lah layak kiranya menyewa rumah secantik harganya..hahaha..maap la ye jiran2 tersebut..

takpe2..kat mana tu tak kisahla..asalkan dapat menjaga rumah tersebut sebaik2nya..inginla berpesan pada semua dan diri sendiri agar menjaga keselamatan diri dan rumah..huhu..kepada wana, ollie dan cream pulak, semoga kalian selesa berada dirumah baru kalian dan yang best skali korang semua lepak luar je sekarang..best la sket bau2an kalian tidak akan terperangkap di dalam bilik lagi dan kalian mendapat udara fresh setiap hari..baik untuk jantung tu..

jadi, secara otomatiknya jadual harianku akan berubah la sebab imigrasi tersebut..huhu..

ini disebabkan kekurangan ahli yang menjadi part of my schedule everyday..today is the last day my jiran ada kat sini..lepas ni datangla jugak kat sini because kitorang masih jiran lagi, cuma jarang la nak nampak..huhu..

so, last but not least, happy deepavali kepada kengkawan berbangsa India and hari ni best sangat sebab hari sabtu tapi tak best sebab esok dah ahad..=(

Friday, October 16

about to weekend

wah..pejam celik pejam celik, dah hari jumaat..cepat betul masa berlalu sampai tak sedar hari dan tarikh..kalau tak sedar bulan berapa tu dahsyat sangat la pulak kan..hehe..what ever pon, hari ni aku berjaya accomplish the mission untuk menyiapkan report yang tak seberapa kepada Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..terlajak dah berjumpa dengan Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun tu, jadi bertanya la skali khabar kepadanya gara-gara mendengar yang dia telah kemalangan..tapi yang teruknya kereta Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..tuan punya kereta tu ok je..setelah berdiskas seberapa lebih kurang, selesailah melaporkan progress kepada Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..hilang la sedikit sebanyak beban yang tertanggung di bahu ni..

mmmmmm..panjang pulak mengeluhnya..ada banyak lagi yang perlu dilakukan bagi menyiapkan diri untuk menghabisi stadi ini..

milestone bagi next pulak ialah menyiapkan paper..tak banyak..satu je..yang lain-lain tu akan dilakukan pada masa akan datang..milestone untuk akhir bulan ni pulak ialah mencari modelling yang sesuai bagi research aku ni..fuhh...ni yang lagi menggerunkan..sebab aku telah berjanji dengan sepenuh hati kepada Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun yang aku boleh buat..jadi, aku memang kena berusaha 24 jam seminggu..

pergghhh!! bukan main semangatnya..yela, hari jumaat..kalau hari isnin..hahaha..bole agak la kot..

ok la kot, dah mengantuk pulak rasa..huhu...biasala bila dah kat rumah kan..hishhh..asik nak membuta je..bangun! bangun!..

p/s: jumpa lagi di lain coretan...........

Thursday, October 15

Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun

Morning everybody..

Awal2 pagi dah start buat keja..objektif kena ada dalam sesuatu kerja, kalau tak, tak siap la keja kan..huhu..actually aku dah habis dah menganalisis sampel, sekarang tengah buat report la nak diusulkan kepada Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun. bila la aku nak start menulis, sedangkan banyak lagi bahan aku yang kurang..

hisshh...(kembali kerunsingan..)

malas la nak fikir lagi..sekarang nak try dlu buat mengikut perancangan dalam kepala..susah jugak bila plan dalam kepala je ni..itu hari dah kena dah ceramah dengan Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun, kan tak pasal dia telah menyaiko aku..hahaha..dan apa lagi, aku pon masukla gear lima sampai hari2 kepala asyik sakit sangat..selain itu, cermin mata pon terpakasa ditukar atas sebab2 yang sepatutnya..selain itu lagi, tido pon sampai mimpi nombor2 dok terbang..

apa tandanya mimpi tu..huhu..tak payahla huraikan..mimpi kebiasaan bagi yang suka wat keja pada saat akhir..so..sekadar mengisi masa lapang yang memboringkan..kembali lagi selepas ini..stay tuned..wahaha..

Wednesday, October 14

kerunsingan, merunsing, dirunsingkan

Setelah berjaya memasukkan semua data-data ke tempat asalnya, aku mula terasa berpinar-pinar..huhu..macam novel seram plak..yela hidup ni pon macam novel jugak..ada suka dan duka..wah2x..tetiba rasa nak mencurahkan perasaan kat sini..aku pun xtau apa plan aku sekarang..lepas abes satu perkara ni, nak buat apa plak?

Hissshhh....runsing kalau asyik fikir je..

Tinggal lagi satu step last je untuk complete kan master aku ni..tu pun kalau result bagus la..kalau tak, ntahla..aku tak fikir lagi pasal tu..masalahnya dah setahun dah benda tu aku cari, tapi aku tak jumpa..mungkin aku ni tak pandai nak cari bahan sangat kot..plus plak satu lagi syarat untuk grad ialah mempublish paper..

Hissshhhh...ni lagi satu merunsingkan aku..publish wall kat facebook bleh plak, paper yang penting aku tak bleh lagi nak publish..anak2 muda zaman sekarang ni..tu la dia..bertenet tak sudah..

Kua3x..sori sesape ek, aku nak mengajar sket diri ni..alpa sangat..huhu..

Ok lah dulu..rehat otak sekejap tadi..bila2 kalau rerajin akan diupdate lagi..selamat menyambut deepavali.."deepavali vanakam".

Di sini aku nak share lirik sebuah lagu dari lenka yang lebih kurang macam keadaan aku sekarang la..huhu..

Trouble is a friend
Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control
He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road
He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try Oh oh, I try!
He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh
Oooohhhh ohhh ooooo ahhhhhh.


Saturday, October 10

puasa dan raya

puasa pon sudah, raya pon sudah..sekarang masa untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada si pelajaran yang belum mahu tamat lagi..kalau dulu mengalami masalah kewangan, sekarang alhamdulilah dengan izin-Nya sudah selesai masalah itu..hati pon sedikit tenang selepas sudah berjumpa mak dan abah nun di utara sana..nampaknya semua sudah selesai..tinggal lagi hasil kajian je yang belum lagi nampak hasilnya..tapi, xpa kot..usaha tangga kejayaan..mari berusaha semula..dan semoga insan tersayang sudi teruskan memberi semangat dan kekuatan seperti dulu..

Wednesday, July 29

SICK..

Now im feeling very sick, but still can watch movie that i'd download last 3days..just now feeling a bit better watching 360 with my housemates, but now again and again im feeling so sick..

i'd take 3 tablet pills and prayed for better health tomorrow (I'Allah)..please pray for me also..im also really sick to go home and meet my lovely parents (although many works dont seems to be finished by this week)..but when the times will come................???

and for now, im just thinking to go to bed and sleep..last night im dreaming of my cat..in the dream, im also sick because i'd put my kitty in the washing machine because she's so naughty..i'd never thinking to be like that before..but still it's a dream....

so, dont believe your dream because it just a dream although you sleep day or night..thats the moral of the story for today and im going to bed now searching for peaceful..hehehe..

p/s: thats all a simple word from me tonight..sweetdream everybody..

Monday, July 27

Saat ini...

Pada waktu dan saat ini, aku rasa mcm2 benda bermain dalam kepala..apakebendanya aku pon tengah nak trace ni..banyak jugak keja yang masih belum siap lagi..tapi, aku pon xtau kenapa aku masih malas nak membuat keja dan asyik terdorong melakukan laqha..



walaupon telah hampir habis mengcount sampel2 yang terdelay 5hari, aku masih malas2 ayam untuk menyiapkan keja ku..apakah??? apakah yang berlaku dalam metabolisme diri ini..??? aku masih bingung memikirkan cara otakku berfikir untuk kesekian kalinya..hmm (apsal complicated sangat ayat aku ni?)..



dah la konflik dalaman selalu je terjadi sejak akhir2 ni yang mengakibatkan aku hilang tumpuan dan ingatan terhadap benda2 penting termasuk la trip to kinabalu mountain (bukan ke gunung pon, tapi jejalan je,tu pon xjadi gara-gara kelewatan yang xdapat dimaafkan..)..mak dan abah..silalah maafkan diri anakmu yang xberapa nak betul sejak akhir2 ni..maafkan ye..janganlah disimpan di dalam hati..takde pape la kot..kewangan semua ok, jangan risau pada anakmu disini..kalau xde pape nak makan, boleh makan makanan kucing..hehehe..(kebulur sangat ke??)



sepatutnya saat ini aku dah siap menganalisa sampel sedikit sebanyak yang aku ada (giler sket sampel aku, grad ke x aku ni nanti?)..



kemudian, aku sepatutnya dah siap mengedit full paper untuk seminar next month (dah sebulan aku peram,xjugak aku edit)..dan juga dua lagi paper terbaru yang baru minggu lepas disuruh buat..(terasa diri ini dianiaya oleh diri sendiri,betulkah ayat ini???..)



kemudian lagi, aku sepatutnya membaca apa yang patut untuk si sampel yang liquid form (kepala aku dah berair jgak rasanya...)..

then lagi, masalah dengan rumahtangga sewaku yang xcukup orang je..apsal la terjadi perkara ini kepada diriku..bila xckup orang, kena la bayar lebih sikit..masalah sekarang bukan lebih sikit, tapi lebih banyak plak kena bayar..(hissshhh..pening3x)



dan lagi yang merumitkan keadaan yang rumit, aku belum lagi mendapat bahagian aku dari MOSTI (ni yang paling aku stresssss buat masa sekarang)..rasanya macam beban sangat dah asyik pinjam orang je..shhhhh!!! jangan cakap kuat2, nanti kantoi dengan mak abah pulak..hehehe..



dan kemudian lagi dari itu, aku pon xtau dah apa lagi yang aku kena buat..prepare to die..hahahaha..mari kembali ke pangkal jalan dan cuba bermuhasabah diri..ingat..renung2kan dan selamat beramal (bak kata Dr Izzy)..

my little kitty..

Before going to bed, i want to tell you all about my little kitty..here she is..

She was so sleepy..
She want to go to bed..
just like her mom..
her name is Sara..she was Kittu's daughter..now, she was 2 1/2 months old..that's why im gone for previous 2 months..hehe..actually she had a sibling that was born on the same day, but unfortunately, just she was alive (alhamdulilah)..at least i have sumthing to remember for Kittu' first pregnancy that worth RM200 for Kittu's honeymoon at the pet shop..huahua..lets pray for kittu's second pregnancy and hope that there will be more kitties coming..lets go bed, Sara..nite yall..!!

Berlalu sudah Asia Tour 2009..

Salam semua..lama sudah aku xjenguk si web ni..web lain tgk la jgak, tp yang ni....ish3x...terlupa terus dah kat dia ni..hehe..tanpa membuang waktu lagi dah aku cuma nak mengwishkan selamat jalan Asia Tour di Malaysia ni ha..rezeki jgak la utk rakyat Malaysia semua yang xdapat tgk utk first time, utk tgk kali keduanya..yelah, oleh sebab kejadian yang tidak diingini di Indonesia (nauzubillah), terpaksa lah mereka bermalam lagi di Malaysia utk beberapa malam lagi..dan aku plak sempatla merekodkan beberapa foto kenangan si kelab Machester semasa bermain di Stadium Bukit Jalil..kebetulan pulak, sekarang berlangsung match kat China dgn gol 8-2 oleh Owen, Giggs, Berbatov, Nani dan Tosic (menurut infomer aku)..hahaha..apsal gelak sakan ni..seterusnya mari la melihat foto-foto yang tidak seberapa ini..


air disiram kat atas pdg sebelum perlawanan..

antara staff ukm yg hadir..

training sket2 before match..

neville and foster kebosanan tunggu bola xsampai2..

baru 13 minit dah kena 2gol..apakah..???!!!


asyik injured plak tu pemain malaysia, xcukup training kot..

ok la tu..sket2 je dah la..time to bed..ishh,malasnya..esok kena g ukm plak..cepat la hari sabtu..bye everyone..sweetdream to my babe..

Sunday, May 10

peningkatan kendiri

hmmm..lupa plak tadi nak bagi salam..dah lama aku tak menyapa blog ni..yela..busy sesangat dah ni..bukan main-main atau dimainkan (ayat cik nena) lagi dah..tapi betul2 busy..huahua..bila la aku nak abeh belajar..kawan-kawan serumah aku ada yang dah abeh belajar dan ada jugak yang abeh sem..aku ni, walaupun nama je abeh sem 2 dah, tapi macam xda sem je..cuti hujung minggu depan aku balik kampung jap..nak cuti pun kena curi-curi je..apa la nasib..hehe..sedih plak..xpe, sabar separuh dari iman..usaha tangga kejayaan..di mana ada kemahuan di situ ada jalan..cewahh..banyak plak ayat motivasi..uweekk..!!

dah la tu..aku cuma teringat yang hari ni hari ibu..jadi, tadi aku dah wish untuk mak aku, sekarang aku nak wish skali lagi..untuk, kakak-kakak aku dan kakak ipar aku, sedara-mara jauh dekat yang mengenali diriku,kawan-kawan yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anak, aku nak ucapkan selamat hari ibu..jadilah ibu yang baik ye, kalian semua..so, xde pape dah kot..aku nak sambung nengok sampel aku plak..

selamat hari ibu

selamat hari ibu untuk mak tersayang di kampung..semoga dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan diberi segala kemurahan rezeki..semoga juga keluarga di kampung sana dilimpahkan segala rahmat olehNya, anak mak disini menaburkan doa sebanyak-banyaknya untuk mak dan abah dan keluarga..jumpa jumaat nanti ye..i'Allah..xsabar nak balik kampung..

Friday, April 3

crazy sentences!

Pick the month you were born:
January-------I kicked
February------I loved
March--------I karate chopped
April----------I licked
May----------I jumped on
June----------I smelled
July-----------I did the Macarena With
August--------I had lunch with
September----I danced with
October-------I sang to
November-----I yelled at
December-----I ran over

Pick the day (number) you were born on:
1-------a birdbath
2-------a monster
3-------a phone
4-------a fork
5-------a snowman
6-------a gangster
7-------my mobile phone
8-------my dog
9-------my best friends' boyfriend
10-------my neighbour
11-------my science teacher
12-------a banana
13-------a fireman
14-------a stuffed animal
15-------a goat
16-------a pickle
17-------your mom
18-------a spoon
19------ - a smurf
20-------a baseball bat
21-------a ninja
22-------Chuck Norris
23-------a noodle
24-------a squirrel
25-------a football player
26-------my sister
27-------my brother
28-------an iPod
29-------a surfer
30-------a homeless guy
31-------a llama

What is the last number of the year you were born:
1--------- In my car
2 --------- On your car
3 ----------- In a hole
4 ----------- Under your bed
5 ----------- Riding a Motorcycle
6 --------- sliding down a hill
7 --------- in an elevator
8---------- at the dinner table
9 -------- In line at the bank
0 -------- in your bathroom

Pick the color of shirt you are wearing:
White---------because I'm cool like that
Black---------because that's how I roll.
Pink-----------because I'm NOT crazy.
Red-----------because the voices told me to.
Blue-----------because I'm sexy and I do what I want
Green---------because I think I need some serious help.
Purple---------because I'm AWESOME!
Gray----------because Big Bird said to and he's my leader.
Yellow--------because someone offered me 1,000,000 dollars
Orange--------because my family thinks I'm stupid anyway.
Brown---------because I can.Other----------because I'm a Ninja!
None----------because I can't control myself!

Now type out the sentence you made, write 'em in my comment box and also as the TITLE line and tag your friends in the note!
eg: "I had lunch with a homeless guy in an elevator because I think I need some serious help"

want to know my sentence? check it out.
"I dance with my sister sliding down a hill because I'm sexy and I do what I want."

hahahahaha...what a joke..

i think all of you out there should try this..

everyone is tagged!

Thursday, April 2

damn!

baru je aku nak mengeupdate blog yg dah lama tebengkalai ni, aku dihujani dengan perkataan 'damn' dari kepalaku..aku tengah bengang sebab card reader xboleh read memory card aku..bengangnye..dah la ada gambar yang nak diuploadkan..dah terbantut niat ku itu..akhirnya aku xdapat meneruskan lagi niatku dan aku perlu membersihkan diri dari kegelutan ini..maafla bahasa melayu xberapa clear seperti semua urat dalam kepalaku yang dah berbelit-belit ni..damn!!!...

Tuesday, March 17

Tiga, 3, three

Senaraikan:

3 lagu yang wajib ada dalam playlist:
Gives You Hell - All American Reject (sebab kepala dah serabut)
American SuiteHearts - Fall Out Boy
Love Story - Taylor Swift

3 barang yang wajib dibawa bersama:
Duit
Handphone
Kekunci (kunci rumah, kunci motor, kunci makmal)

3 tempat yang dekat di hati:
Makmal nuklear
Hutan Tropika (rumah sementara)
Tokai (rumah asal)

3 laman web yang selalu dilawati selain Facebook, Friendster, Myspace:
Yahoo (cek email)
Youtube (dengar lagu)
Google (cari mende)

3 blog yang nak ditag:
Cik jatt
Cik Nena
sesape je la..

Monday, March 9

Marriage

Asal cik ralat buat je aku buat, asal cik ralat buat je aku buat, asal aku buat je cik ralat buat-buat xtahu..hehe..aku tgk best gak apa yg cik ralat buat, so aku pon buat..
..::1. How old are you?::..
almost 22 and 6 months.
..::2.Are you single?::..
nope.
..::3.At what age do you think you’ll get married?::..
23-29.
..::4.Do you think you’ll marrying the person you are with now?::..
hopefully.
..::5.If not, who do you want to marry?::..
no idea '_' .
..::6.Who will be your bridesmaid & bestman?::..
namanya Kechik.
::7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?::..
traditional.
..::8.Where do you plan to go on honeymoon?::..
secreto.
..::9.How many guests do you think you’ll invite?::..
A lot.
..::10.Will that include your exes?::..
maybe not.
::11.How many layers of cake do you want?::..
depends on budget.
..::12.When do you want to get married, morning or evening?::..
evening.
..::13.Name the song/tune you’d like to play at your wedding?::..
Nasyid.
..::14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?::..
normal.
..::15.Champagne or red wine?::..
Absolutely not.
..::16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?::..
depends on holiday.
..::17.Money or household items?::..
both.
..::18.How many kids would you like to have?::..
depends.
..::19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?::..
maybe.
..::20. Whose wedding plan would you like to know next?::..
Zati.

Sunday, March 8

Google search (Part 2)

Favourite colour


College major


Name of my love



Hobbies

Bad habits


My wishlists


p/s: this is my life..how about yours..