Monday, October 19

perkara lama2

huhu..esok dah senin..malangnya hari ni cuma siap introduction untuk paper aku nih..g open house la, tido 2 3 round, g membuang masa dan bermacam2 lagi la membuatkan paper ni tak kan berganjak dah kemajuannya..takpa2..pelan2 la kan..jangan kelam kabut,nanti salah pulak wat keja..pastu nanti siap kena perli plak dengan Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..kena perli kaw2 plak tu..hisshhh..tak boleh diingat kembali..sedih, Tuhan je yang tau..

dah la kan..yang lepas tu lepas la..banyak jugak benda sedih yang baru berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni..tapi lama dah la..semuanya benda2 lama..so, tak payah la diingat kembali..kadang2 membuatkan keadaan di masa depan lebih buruk, kadang2 membuatkan keadaan di masa depan lebih baik..rasanya kalau diingat tu takpa lagi, cuma jangan sampai terluah pulak kat mulut..sebab orang yang terluka kadang2 tak suka, tapi orang yang bersalah macam aku ni kadang2 nak je mintak maaf hari2 atas kesalahan yang dulu2 tu..mungkin sebab takut ada perubahan akan berlaku selepas tu, tapi yang penting sekali,pastinya takut kehilangan seseorang..wah2, beremosional pulak..

bukan la apa kan, aku ada satu kisah seorang kawan ni, dah 3 tahun jugak mengenali beliau..yang aku tau sepanjang kenal dia ni memang dia cukup syarat sebagai seorang ahli couple yang berjaya..3-4 tahun jugak la dia sudah berteman..dia ni comey jugak la..sekarang dah jadik cikgu pulak kat nun kedah tapi dia ni orang pahang la..lepas dia graduate 2tahun lepas aku dengar berita dia punya ahli couple seorang lagi tu dah bertunang dengan orang lain yang jauh sangat perangai dengan kawan aku sorang ni..ish3..nauzubillah..

katanya dia telah diubat guna-gunakan oleh tunang dia tu..dia memang tak tau apa2 semasa kejadian pertunangan berlaku..dan kawan aku ni pon bawaklah si buah atinya tu pergi berubat..macam2 la tempat dan tok guru dah pergi berubat, namun tiadalah hasilnya..entahla..dalam kes ni, aku pon tak tau nak komen macam mana..mungkin la jugak si buah ati kawan aku ni sememangnya masih rasional, mungkin la kan..atau mungkin betul jugak yang dia di santau oleh si tunangnya..tapi sampai hari ni aku dengar yang buah ati kawan aku ni tak pulak memutuskan pertunangan tanpa kerelaannya itu..jadi, konklusinya kawan aku masih single la sekarang..mungkin masih menunggu si buah ati atau mungkin jugak mencari penawar untuk hati dia..

jadi, aku nak cakap yang hargailah seseorang yang sentiasa berada bersama anda susah dan senang, tak kira la kawan-kawan (di tempat kerja atau dirumah) dan insan tersayang (bf, gf dan family)..dan jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiiiiii.......

0 kritikan: