Tuesday, October 27

suatu hari semasa open house

suatu hari semasa open house...

beberapa tetamu yang dikenali berjaya mencari rumah baru si tuan rumah..

dan tanpa berlengah lagi, makan bersama-sama dengan tuan rumah yang penat menunggu kedatangan tetamu yang jauh..


selepas makan, maka bergambar lah si tuan rumah dengan tetamu-tetamunya..semuanya kekenyangan..

akhir sekali tetamu pun nak berangkat pulang, and last frameee.....klik!..done


until then, daa~~



hari yang panjang

huh..hari yang agak panjang hari ni..memandangkan aku ni satu-satunya student yang boleh disuruh melakukan kerja (perasan sekali- sekala), terpaksalah aku dengan bersungguh-sungguh membantu Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun dengan seikhlas hati..maksudnya ikhlas la, cuma hari ni macam letih sikit sebab terbangun awal, jadi memaksa diri menjadi ikhlas melakukan kerja..kerana Allah..niat tu penting..

at least aku dapat ilmu lebih hari ini, walaupun bukan bidang aku, tapi, tu la namanya student..kena buat kerja orang lain jugak..nak dapat berkat pun satu..nak jadi orang yang nak belajar pun satu jugak..jadi, tak rugi pun..siap dapat lesen untuk publish lagi..ada nama tu, author lagi..huhu..tapi, entah bila aku pun tak tau la..si tesis pun lum leh start tulis lagi..ni kan pulak nak wat paper lagi..

bercakap pasal paper nih, paper aku dah siap dikomen oleh Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..fuh,memang merah je tengok paper aku tuh, diconteng dengan ink merah menandakan,

"you shouldn't do that, do this." or "elaborate more on this.", macam tu a maksudnya tulisan merah tersebut..

until now, aku blom correct pun paper tuh, sebab tak sempat la mengarrangekan sampel Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun tuh..huhu..hope dapat prepare sampel this week..and by next week dah boleh analyze..

and then, hari ni papa to my wana and kittu tak dapat pergi keja disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan..reasons to that case caused by manchester kalah kot semalam..dan si pemikir ni memikirkan apakah nasib manshester in the future..hehe..jangan marah ek dear..than mummy of wana and kittu dah meninggalkan ubat-ubatan yang merupakan panadol untuk papa..hehe..

seronok pulak menyebut seperti itu..boleh ke?

pastu, saya baru sudah menonton ugly truth sesorang dan berketawa syok sendiri kerana ahli rumah yang lain sibuk dengan kerja masing, contohnya Jat-study untuk exam berselang seli dengan ym dan maybe fb kot (aku tak nampak, laptop dia jauh sket), Zaty-saat ni sudah beradu, td berfb, Bb-mendengar lagu sambil bernyanyi girang (talented untuk masuk AF)..huhu..saya sudah mengantuk sekarang..and now i really miss my baby, dating with sumbody called Bob..this is my baby..

until then..daa~

Friday, October 23

misi success

huhu..baru pas mandi je ni..segar sikit la, tp lebih banyak kepada sakit kepala..hari ni tepat jam 12 tengahari tadi, aku dengan suksesnya telah berjaya menghantar paper aku kepada Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..dapat je paper aku tu, gelak2 sambil buat muka, sambil cakap,

"ok2, saya tengok dulu,hehehe"..laaaa...sempat pulak dia gelak kat aku, berkata aku di dalam hati..

hisshh..panas betul aku..belek-belek sampai kat last sheet tu, sambil dok kira, "1,2,3.......10", sambil terhangguk-hangguk..tengah kira references aku rupanya..macam la aku ni copy and paste je..hishh...

tak pe lah..dia tu lecturer..memang kena supervise aku pon, jadi aku kena sabar je la..huhu..kalau berjaya abeskan study ni dengan baik, memang lega sangat la..takut jugak bila fikir..

so, misi bagi minggu ni berjaya diselesaikan..petang tadi hajatnya nak beradu, tapi ada benda pulak kena buat..so, waktu tido aku belum lagi dicover..maybe esok kot..huhu..

maka, perjuangan bagi menyelesaikan misi seterusnya harus berjalan dengan baik..sila rajin ye..pesanan untuk aku je..

later..daa~

Thursday, October 22

besday 2009

huhuhu..tetibe rasa nak berblog lagi..ni semua pasal ritu la..entah napa entah guna kabel smbung kat tepon ni, tak boleh pulak nak transfer gambo..tu pasal la banyak je tertangguh nk share kat sini..hehe..padahal aim mingu ni nak anta paper, lom pon siap lagi..part discussion yang tersangkut sikit..so, aku nak share pics sikit pasal besday aku ritu lepas raya..kejadian berlaku semingu lepas raya..huhu..agak2 je la tarikhnya ye..kek ni akak yang belikan..dan KFC tersebut juga merupakan makanan sampingan pada hari tersebut..masa makan kek ni, ada akak, anak2 dia and mak and adik aku je..huhu..takla meriah sangat, tapi boleh la dijadikan kenangan untuk aku..abah ada gak, tapi tido sebab puasa enam..ish3x..kalau nak diingatkan, lama jugak tak sambut besday kat umah aku, kat kedah nun..setakat time dewasa ni, ni second time kot, 1st time masa raya bila ntah, smbut 4org skali dgn anak2 buah..masa kecik pulak, last darjah berapa entah..lepas tu memang tak merasa pon nak makan kek..seingat aku la..kalau aku lupa tu, tak tau la plak kan..kikiki..pastu masa aku merantau ke bangi ni ada la beberapa kali jugak makan kek besday aku..terima kasih kepada semua insan2 yang mengingati dan sudi meraikannya..masa dok umah sewa kt sg tangkas ni pon penah gak bebudak rumah wat surprise..walaupon tarikh besday dah lepas, tp dorang tetap sambut jugak..memang surprise la sebab aku memang dah tido..pastu tetiba nyanyi lagu kat tepi telinga dengan keknya sekali..huhu..thanks kat korang semua..









tu la sikit2 sejarah aku dulu2 kala..kat sekolah menengah pon tak pasti pulak penah sambut ke tak..tapi ada la kawan2 aku nyanyi lagu time pukul 12 tengah malam..dok asrama kan, macam tu la aktivitinya..sekolah perempuan semua pulak tu,memang bising la sikit..huhu..pasal sekolah, nanti pulak kita sembang ye..sekarang layan la dulu kek aku yang tak seberapa ni..huhu
p/s: nite..daa~



Anniversary gift

hari ni ok sket dari semalam..tapi kesengalan dalaman masih ada lagi..aku tak ada jawapan untuk soalan 'kenapa'..hahaha..yang penting, aku nak cerita kat sini ialah aku teringat surprise yang aku dapat sempena ulangtahun kami yang ke.........huhu..mana boleh cakap..segan dowh..



kami? kami tu terdiri dari dua orang insan yang ada perasaan antara satu sama lain..huhu..teringat pulak masa di Kolej Ibu Zain dulu..tak pe2..yang tu lain kali cerita..ni ha aku bagi sikit gambar berkaitan hadiah tersebut..comey and meaningful..


eventhough it is small, but it worth to make someone happy..huhu..and the date is lebih kurang sebulan dari today..lepas raya hari tu la..hehe..

ok gak kan..sebab atas keychain tu dia macam ukir gambar kita la..pastu boleh je nak tulis pape kat belakang keychain tu..tu la sedikit sebanyak yang dapat aku share mengenai happy time aku ni..

p/s: thanks to you..=)

till then..daa~



Tuesday, October 20

kesengalan

sedang aku ingin mengemas barang2 ku kerana ingin beradu awal, tetiba aku telah kehilangan kerja seharianku menaip dan berfikir gara2 aku tidak menyimpan file tersebut..bukan tak nak simpan, aku sebenarnya nak simpan, tapi entah mcm mana aku tertekan 'no'..dan dapatlah hasil dari 'no' tersebut..kalau menjerit pon tak boleh dapat balik file tu, jadi aku amik keputusan untuk berdiam diri je..dah la aku sebenarnya dah tak larat nak fikir, dah la rasa macam teruk je kebelakangan ni..

hmmmm..aku sendiri pon tak pasti sebabnya..konflik ke, penat ke, serabut ke, lapar ke..huhu..entahla..jadi, aku mula balik menaip apa yang masih aku ingat..sekadar menyedapkan hati sendiri la..sebab mingu ni memang kena hantar juga keja ni..lagi memilukan hati, line tepon aku tak berapa nak elok pulak menyebabkan mesej yang dihantar tersekat di tengah jalan..contohnya, kalau mesej dihantar dari sg. tangkas ke seksyen 3, tapi tersekat kat ukm..macam tu la..jadi, apabila beberapa kali aku mempushkan mesej tu, dapatla jugak..tapi bila selalu sangat, aku jadi macam letih plak tengok henpon tu senyap je..hmm..xpe, lagipon orang yang nak dapat mesej tu pon mungkin dah tertido kot keletihan..harap2 macam tu la..sweetdream ye babe..sebab dia macam tak sedar je..huhu..

bila aku tengok urat2 mata aku ni dah sengal kemerahan, aku pon rasa sakit kepala mula menerpa..hishh..menulis novel plak..okei la..rasa macam nak mngundur diri dulu..

p/s: sweetdream to all...@_@

Monday, October 19

dah ada kemajuan nampaknya

selepas bertungkus lumus seharian menumpukan sepenuh perhatian kepada paper nih, akhirnya sedikit sebanyak nampak kemajuan dalam hasil aku..walaupon tak sempat nak abeskan, tapi tak banyak dah yang tinggal untuk disiapkan..bahagian result and discussion dan juga conclusion..tapi, aku hanya bekerja dari rumah sahaja memandangkan kemalasan tahap gaban untuk mengemaskan laptop dan barang2 untuk dibawa ke sains nuklear punya bangunan..tapi tak boleh la hari2 malas macam gaban, kena la jugak rajin macam Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..kalau tidak nanti adalah lagi ceramah yang tak patut aku dengari di hujung2 telinga ni..

hahaha..so siap 1 bab..bab kedua plak, aku baru teringat jugak yang aku belum start menulis tesis..ini sudah danger ni..amaran tsunami telah dikeluarkan..diharap aku dapat melakukannya dengan segera..hehe..warning untuk diri sendiri..kepada sesiapa yang rasa tak siap keja jugak, jadi amaran ini jugak adalah untuk anda..so, get ready!

cewah..bukan main lagi la nak mengingatkan orang lain..bab ketiga pulak ialah janji aku dengan Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..adoyaiii..bendanya tak jumpa lagi..tu yang paling risau buat masa sekarang..hush2x..

sabar je la..last but not least, hepi besday untuk akak aku yang pertama..yang menyambut hari jadinya yang ke.....jap2 nak calculate..yang ke-35..huhu..tak caya plak..rasa macam muda je lagi..ni ha kek yg dia dapat surprise dari husband dia..aku pon tak dapat makan,bau melalui sms je kot..hahaha..




later~ daa~

perkara lama2

huhu..esok dah senin..malangnya hari ni cuma siap introduction untuk paper aku nih..g open house la, tido 2 3 round, g membuang masa dan bermacam2 lagi la membuatkan paper ni tak kan berganjak dah kemajuannya..takpa2..pelan2 la kan..jangan kelam kabut,nanti salah pulak wat keja..pastu nanti siap kena perli plak dengan Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..kena perli kaw2 plak tu..hisshhh..tak boleh diingat kembali..sedih, Tuhan je yang tau..

dah la kan..yang lepas tu lepas la..banyak jugak benda sedih yang baru berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni..tapi lama dah la..semuanya benda2 lama..so, tak payah la diingat kembali..kadang2 membuatkan keadaan di masa depan lebih buruk, kadang2 membuatkan keadaan di masa depan lebih baik..rasanya kalau diingat tu takpa lagi, cuma jangan sampai terluah pulak kat mulut..sebab orang yang terluka kadang2 tak suka, tapi orang yang bersalah macam aku ni kadang2 nak je mintak maaf hari2 atas kesalahan yang dulu2 tu..mungkin sebab takut ada perubahan akan berlaku selepas tu, tapi yang penting sekali,pastinya takut kehilangan seseorang..wah2, beremosional pulak..

bukan la apa kan, aku ada satu kisah seorang kawan ni, dah 3 tahun jugak mengenali beliau..yang aku tau sepanjang kenal dia ni memang dia cukup syarat sebagai seorang ahli couple yang berjaya..3-4 tahun jugak la dia sudah berteman..dia ni comey jugak la..sekarang dah jadik cikgu pulak kat nun kedah tapi dia ni orang pahang la..lepas dia graduate 2tahun lepas aku dengar berita dia punya ahli couple seorang lagi tu dah bertunang dengan orang lain yang jauh sangat perangai dengan kawan aku sorang ni..ish3..nauzubillah..

katanya dia telah diubat guna-gunakan oleh tunang dia tu..dia memang tak tau apa2 semasa kejadian pertunangan berlaku..dan kawan aku ni pon bawaklah si buah atinya tu pergi berubat..macam2 la tempat dan tok guru dah pergi berubat, namun tiadalah hasilnya..entahla..dalam kes ni, aku pon tak tau nak komen macam mana..mungkin la jugak si buah ati kawan aku ni sememangnya masih rasional, mungkin la kan..atau mungkin betul jugak yang dia di santau oleh si tunangnya..tapi sampai hari ni aku dengar yang buah ati kawan aku ni tak pulak memutuskan pertunangan tanpa kerelaannya itu..jadi, konklusinya kawan aku masih single la sekarang..mungkin masih menunggu si buah ati atau mungkin jugak mencari penawar untuk hati dia..

jadi, aku nak cakap yang hargailah seseorang yang sentiasa berada bersama anda susah dan senang, tak kira la kawan-kawan (di tempat kerja atau dirumah) dan insan tersayang (bf, gf dan family)..dan jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiiiiii.......

Saturday, October 17

imigrasi

imigrasi ni maksudnya berpindah la..huhu..actually aku nak cakap pasal jiran terdekat ku yang nak berpindah dah..dulu satu aras je, tapi tak taula sebab apa kan, tak dak angin tak dak ribut tapi ada hujan rintik2, mereka serumah mengambil keputusan berpindah rumah..dari apartmen kepada rumah teres 2 tingkat..wah2x..orang berkerjaya la katakan..kalau macam aku dan hosmet sekelian ini hanyalah pelajar sahaja, dan tidak lah layak kiranya menyewa rumah secantik harganya..hahaha..maap la ye jiran2 tersebut..

takpe2..kat mana tu tak kisahla..asalkan dapat menjaga rumah tersebut sebaik2nya..inginla berpesan pada semua dan diri sendiri agar menjaga keselamatan diri dan rumah..huhu..kepada wana, ollie dan cream pulak, semoga kalian selesa berada dirumah baru kalian dan yang best skali korang semua lepak luar je sekarang..best la sket bau2an kalian tidak akan terperangkap di dalam bilik lagi dan kalian mendapat udara fresh setiap hari..baik untuk jantung tu..

jadi, secara otomatiknya jadual harianku akan berubah la sebab imigrasi tersebut..huhu..

ini disebabkan kekurangan ahli yang menjadi part of my schedule everyday..today is the last day my jiran ada kat sini..lepas ni datangla jugak kat sini because kitorang masih jiran lagi, cuma jarang la nak nampak..huhu..

so, last but not least, happy deepavali kepada kengkawan berbangsa India and hari ni best sangat sebab hari sabtu tapi tak best sebab esok dah ahad..=(

Friday, October 16

about to weekend

wah..pejam celik pejam celik, dah hari jumaat..cepat betul masa berlalu sampai tak sedar hari dan tarikh..kalau tak sedar bulan berapa tu dahsyat sangat la pulak kan..hehe..what ever pon, hari ni aku berjaya accomplish the mission untuk menyiapkan report yang tak seberapa kepada Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..terlajak dah berjumpa dengan Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun tu, jadi bertanya la skali khabar kepadanya gara-gara mendengar yang dia telah kemalangan..tapi yang teruknya kereta Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..tuan punya kereta tu ok je..setelah berdiskas seberapa lebih kurang, selesailah melaporkan progress kepada Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun..hilang la sedikit sebanyak beban yang tertanggung di bahu ni..

mmmmmm..panjang pulak mengeluhnya..ada banyak lagi yang perlu dilakukan bagi menyiapkan diri untuk menghabisi stadi ini..

milestone bagi next pulak ialah menyiapkan paper..tak banyak..satu je..yang lain-lain tu akan dilakukan pada masa akan datang..milestone untuk akhir bulan ni pulak ialah mencari modelling yang sesuai bagi research aku ni..fuhh...ni yang lagi menggerunkan..sebab aku telah berjanji dengan sepenuh hati kepada Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun yang aku boleh buat..jadi, aku memang kena berusaha 24 jam seminggu..

pergghhh!! bukan main semangatnya..yela, hari jumaat..kalau hari isnin..hahaha..bole agak la kot..

ok la kot, dah mengantuk pulak rasa..huhu...biasala bila dah kat rumah kan..hishhh..asik nak membuta je..bangun! bangun!..

p/s: jumpa lagi di lain coretan...........

Thursday, October 15

Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun

Morning everybody..

Awal2 pagi dah start buat keja..objektif kena ada dalam sesuatu kerja, kalau tak, tak siap la keja kan..huhu..actually aku dah habis dah menganalisis sampel, sekarang tengah buat report la nak diusulkan kepada Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun. bila la aku nak start menulis, sedangkan banyak lagi bahan aku yang kurang..

hisshh...(kembali kerunsingan..)

malas la nak fikir lagi..sekarang nak try dlu buat mengikut perancangan dalam kepala..susah jugak bila plan dalam kepala je ni..itu hari dah kena dah ceramah dengan Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun, kan tak pasal dia telah menyaiko aku..hahaha..dan apa lagi, aku pon masukla gear lima sampai hari2 kepala asyik sakit sangat..selain itu, cermin mata pon terpakasa ditukar atas sebab2 yang sepatutnya..selain itu lagi, tido pon sampai mimpi nombor2 dok terbang..

apa tandanya mimpi tu..huhu..tak payahla huraikan..mimpi kebiasaan bagi yang suka wat keja pada saat akhir..so..sekadar mengisi masa lapang yang memboringkan..kembali lagi selepas ini..stay tuned..wahaha..

Wednesday, October 14

kerunsingan, merunsing, dirunsingkan

Setelah berjaya memasukkan semua data-data ke tempat asalnya, aku mula terasa berpinar-pinar..huhu..macam novel seram plak..yela hidup ni pon macam novel jugak..ada suka dan duka..wah2x..tetiba rasa nak mencurahkan perasaan kat sini..aku pun xtau apa plan aku sekarang..lepas abes satu perkara ni, nak buat apa plak?

Hissshhh....runsing kalau asyik fikir je..

Tinggal lagi satu step last je untuk complete kan master aku ni..tu pun kalau result bagus la..kalau tak, ntahla..aku tak fikir lagi pasal tu..masalahnya dah setahun dah benda tu aku cari, tapi aku tak jumpa..mungkin aku ni tak pandai nak cari bahan sangat kot..plus plak satu lagi syarat untuk grad ialah mempublish paper..

Hissshhhh...ni lagi satu merunsingkan aku..publish wall kat facebook bleh plak, paper yang penting aku tak bleh lagi nak publish..anak2 muda zaman sekarang ni..tu la dia..bertenet tak sudah..

Kua3x..sori sesape ek, aku nak mengajar sket diri ni..alpa sangat..huhu..

Ok lah dulu..rehat otak sekejap tadi..bila2 kalau rerajin akan diupdate lagi..selamat menyambut deepavali.."deepavali vanakam".

Di sini aku nak share lirik sebuah lagu dari lenka yang lebih kurang macam keadaan aku sekarang la..huhu..

Trouble is a friend
Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control
He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road
He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try Oh oh, I try!
He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh
Oooohhhh ohhh ooooo ahhhhhh.


Saturday, October 10

puasa dan raya

puasa pon sudah, raya pon sudah..sekarang masa untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada si pelajaran yang belum mahu tamat lagi..kalau dulu mengalami masalah kewangan, sekarang alhamdulilah dengan izin-Nya sudah selesai masalah itu..hati pon sedikit tenang selepas sudah berjumpa mak dan abah nun di utara sana..nampaknya semua sudah selesai..tinggal lagi hasil kajian je yang belum lagi nampak hasilnya..tapi, xpa kot..usaha tangga kejayaan..mari berusaha semula..dan semoga insan tersayang sudi teruskan memberi semangat dan kekuatan seperti dulu..