Monday, February 14

salam perpisahan

Gamba di atas adalah kek cute @ cupcake dari Wondermilk.hmmm..memang tidak disangkal lagi kesedapannya..tak penah pulak aku rasa cupcake ni sebelum ni.so memang grade A la..cute sangat2..banyak lagi coraknya tapi oleh sebab seorang diperuntukkan dua je, so ni je la gambonye..gamba jamuan tak dakla sebab aku kan budak baru dalam ofis tu..seganla sikit..so..layan je la gambo tu sebab aku dah mengantok keletihan dan kekenyangan..daaa~~~
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, February 12

Play time

Mama dah surrender! haha..sekarang ni keempat-empat perhatian anak-anak Jenny, Winnie, Hardy dan Sara tertumpu kat Ezza..sebab dia dah curik permainan mama..mainan yang mama reka tu terdiri dari sebelah tali coli yang removable dan getah yang dicangkuk pada tali coli tersebut..hehe..penat bermain2 dengan anak2 sampai tangan mama dah calar2 anak2 buat..hehe.seronok tengok anak2 semua main..dah lama tak spend masa main dengan anak2..ni baru anak kucing..kalau anak betul tak boleh kot buat macam tu..risau jugak aku dok pikir hari2 takot diorang ni sakit ke apa ke..sebab bila aku nak keluar keje dorang macam rilek je.balik keje pon rilek.pas aku bagi makan dok rilek je..takot la..tak main pun..tak bersemangat je aku tengok..tapi rupa-rupanya memang dorang sihat alhamdulilah..cuma ada beberapa hari sebelum ni ada orang kerap muntah,,aku tak pasti pulak sapa..harap2 ok kot..mungkin perubahan tempat dari vet ke rumah kot yang buat dorang macam tu..hehe..
**********************************************************************************
sekarang dah terbungkang dah semua keletihan main tadi..Ezza la yang paling agresif sekali..suka betul dia melompat2..hehe...

Friday, February 11

sweetdream..#1

Waktu pon dah lewat bagi org yang bkerja mahupun yang masih belajar.kena tido yang cukup supaya dapat bekerja dengan tekun.ni gaya tido salah seekor anak didikku.nama glamor Gebush @ kakak pon bole gak @ Ezza,nama sebenar Ezza.hitam kebrownan kaler dia bagi mata halus, tapi bagi mata kasar hitam la.bulu kembang ikut breed bapa.tak mau cakap banyak dah.aku dah introduce before this kan.so renungkan..dan cuba pejamkan mata......zzzzzzzzzzzzzzzz..zzzzz.zzz
Published with Blogger-droid v1.6.7

Thursday, February 3

Pulang ke pangkal jalan...

Kisahku semasa pulang.ke alor setar.sampai di stesen kl sentral jam 2105 malam.tren bertolak jam 2115.syukur aku awal dan dapat mencari tidur dalam keadaan yang tenang.dekat dengan enjin rupanya coach aku,malah coach penumpang terakhir sekali.tapi jangan risau tuan2 dan puan2..anda tak kan rasa macam naik roller coaster punya sebab ni perjalanan 12 jam ke alor setar.jadi sila bayangkan kelajuannya..tapi kata orang tua2,biar lambat asal selamat..jadi aku ni sebagai orang yang menghormati orang tua2 meneruskan usaha menaiki tren balik kampung walaupun mengambil ms setengah hari..selain itu, perjalanan ni tak kan terasa sebab aku amek coach tempat tido,(second class)..naik je shud sleep,ok..kang rugi la..haha..jangan lupa bawak sweater untuk mengurangkan kedinginan di malam hari..yang baru kawen jangan berangan nak berpeluk pulak konon nak hilang sejuk coz this bed untuk sorang je dengan beg kat sebelah ko tu..tau..haa..dan perjalanan pon bermula......

*****************************

Ok..ketapi pon berayun ke kiri dan ke kanan membuai daku ke alam mimpi..hehe..tapi....jangan lupa kunci jam pulak,kang subuh ke mana alor setar pon ke mana dan ko pulak ke hatyai..haaa..tak ke naya nanti..tapi jangan riso..kalo sampai alor setar nanti biasanya ada orang datang kejutkan.tapi nak ke orang kejutkan..malu je..muka sembab.gigi tak gosok..eiiii...malu ah..ok..aku dibuai mimpi lagi....gelapnye kat katil aku..ada sedikit je cahaya dari tirai yang masuk..kalo ada cahaya lagi pon dari tingkap la..katil bawah ni luas sikit,kalau katil atas tu kurang selesa la.kena panjat lagi..xde pemandangan pulak tu sebab space tingkap tu kecik je.hmm....apa lagi aku nak cite..kalo coach tu tak banyak budak kecik sunyi sikit.kalo macam malam ni,agak bising la anak2 cina kat around aku ni banyak cakap.mak bapak dia pon sama la.tapi tak pa la sebab ni kan raya dia..nanti dah tido senyap la tu.sekarang dah sampai rawang.hehe..agak2 femes tak dengan nama 'rawang'?...mungkin satu hari nanti kot..hehe..aku rasa nk terpejam dah mata ni...nite every body..

P/s: cik senyum,sila jaga diri bebaik semasa saya dan anak2 bercuti ni ye..till then-daaa~
Published with Blogger-droid v1.6.6

Tuesday, February 1

Selamat hari lahir...

Buat bonda yang dikasihi dan dirindui selalu.biarpun jauh di mata anakanda, namun senyuman dan tawa bonda sentiasa dihati anakanda.SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN buat bonda kali ke-55. Alhamdulilah sampai saat ini Allah masih memberi kita sekeluarga umur yang panjang dan kesihatan yang baik bagi meneruskan kehidupan yang sementara ni. Anakanda di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk bonda dan abahanda dan keluarga. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga kita dan marilah berdoa agar dilimpahkan rahmat olehNya di dunia dan akhirat sama. Alhamdulilah tahun ni juga tercapai hasrat bonda nak besarkan dapur rumah kita. Tak sabar rasanya anakanda ingin pulang..semoga Allah memberi kesempatan kepada bonda dan abahanda untuk datang ke Bangi lagi untuk tahun ni supaya tercapai satu lagi hasrat bonda..amin..bonda doa banyak2 tau sebab doa bonda lebih mujarab..ok bonda..anakanda nak tido dah..hepi besday to GREAT N THE BEST MUM in the world!!! Mmmuuuaaahh...~
Published with Blogger-droid v1.6.6