Monday, December 27

malaysia vs indonesia!

Huh! Baru balik dari tengok perlawanan antara malaysia-indonesia..sengit jugak separuh masa pertama sehingga xda gol yang bolos..prestasi malaysia pulak agak kurang..namun pada separuh masa kedua corak permainan agk meyakinkan.tapi keadaan tegang utk seketika disebabkan kekecohan dari penjaga gol indon yang terganggu oleh pancaran laser dari penonton.utk seketika semua penonton mngeluh menyesali perbuatan penonton yang kurang beretika..xelok la kan beb..kita ni tuan rumah..kang xpasal rugi beli tiket kalau kena tangguh perlawanan.sape yang susah kan..kitaaa jugak..abes je ketegangan tersebut terus skor 1 utk malaysia..lega rasa.then macam berturut-turut jugak la asakan dari pemain negara menambah 2 lagi gol menjadikan mata malaysia 3-0 indon..abes je 3 gol tu dah mula nampak kekosongan kerusi di pihak lawan.tapi indon ttp berusaha sehingga hampir mbolosi gol negara namun berjaya ditepis..akhirnya kemenangan berpihak pada kita..alhamdulilah.harap prestasi kali ni boleh dikekalkan semasa main kat sana nnti sebab cabaran di sana lagi kuat..terus berusaha pemain negara! Majulah sukan untuk negara..!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Sunday, December 26

result pmr

Of cos la bkn result aku.but i want to spread the news bout result my sis.dia dpt 7A 1B 1C.tp skg dia still frust cos C tu bhs arab yg tiap2 bln dia dpt A je, but in the end dpt C.so nk bgitau kt adik aku n sesape yg jd kes mcm ni.biasa la tu.maybe time jwb tu adik confident sgt kot,but then adik xmemahami mksud sebenar soklan tu.but mistakes make perfect.so ada byk lg dugaan yg bsr menanti adik.jgn ptus asa.learning from the past.ok? Perjuangan hrus dteruskan.yakin pada diri.dan buat pertimbangan yang wajar bg setiap pilihan yg ada dihdapan adik.mmuuaahh..cik ani syg kamu,adik..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Friday, November 26

salah paham

Pagi2 lagi aku dah dapat mesej..so masa reply tu macam mamai sket la.dalam kepala aku dah set nak g brekfast je..konon sebab dah plan la.then mesej tu cakap pasal len.mesej ketiga yang aku dapat mula persoalkan mesej yang aku reply before tu..rupanya aku xkesah if bangun lambat n terlambat nak g brekfast..hoho..dem..!

Aku salah pemahaman..ni sebab bhasa melayu aku xdapat A1 la cam dia..hehe..soooo sorry..huh! Sekali lagi kat cni aku nak minta maaf kat dia..n sekarang mata aku dah terbuka luas sebab mesej tu..terbuka luas dari tido balik la..konon nak tido kejap je lagi tapi kensel la..mari ringankan stress di pagi hari jumaat bersama lagu maher zain.

P/s: kalo xpaham tu kira halal la..aku xreti nak explain selanjutnya.apa ada dalam kepala je ni.asal kepala aku ringan..wakakakakaka....!! Daa~
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, November 25

aku takot kat lipas?

misi sukses!

hah! baru saja menamatkan riwayat seekor lipas.time aku tengah rajin, dia datang slowly je dari pintu bilik.then apa lagi, bole pulak dia menakutkan aku dengan fly dia tu.huh! kusss semangat.

bila saja dia berjaya membuatkan aku bising satu rumah, aku terus menggunakan RIDSECT dengan harapan berjaya kill it.

lepas aku simbah dia dalam lubang bilik air tu, aku kembali balik ke tempat kerajinan tadi dan menjadi patung sepi dalam bilik no 1 tropika house tu..waa..kenapa aku malas dah nak lepak kat living room?

...

...

...

later la aku bagi jawapan..daa~

Sunday, November 7

update!!

Ok.sebab dah lama x update,so nak cite sikit la.aku baru balik dari membuat survey muslim youth. So,banyakla pengalaman yang membuat aku rasa best nak join lagi.lagi membuat aku rasa best ialah group aku la.memang dorang semua best.hehe.naik starex je mengelilingi perak dan selangor.alhamdulilah sampai dengan selamat tapi extend sampai 3 hari sebab yang x dapat dielakkan..join dengan merdeka center.pasni sape nak join boleh la..jom2!!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Sunday, October 17

Published with Blogger-droid v1.6.3

Saturday, September 25

Hepi anniversary

Salam lebaran kepada semua. hm. skang ni Cik Tess dah siap serba sedikit. dah anta pon juga. cuma tengah betulkan lagi selepas di cek oleh supervisor. syarat untuk publish satu paper pon alhamdulilah dah lepas. semalam supervisor sudah mesej aku yang mengatakan manuskrip sudah diterima untuk dipublish. so tinggal Cik Tess je la kena siapkan cepat2. oleh sebab aku dah lambat terpaksa aku daftar sebagai student untuk sem ni. i'Allah ni sem last la. amin. keja aku xdapat lagi. skang dok amek upah je wat keja pape. next week aku kena g Ganu plak ada seminar. n aku bentang, tapi xsiap pape pon lagi. sangat malas tambah2 lepas ada astro kat umah. wakaka. abesla kan....keja xbrapa jadi. tu je kot untuk status hidup aku skang.
ops! before i forget, today anniversary ke-4 dah. hepi anniversary Mr Lee. semoga awak cepat abes belajar dan dapat konvo sama2. i'Allah. semoga Allah panjangkan umur dan jodoh kami. amin. semoga kedua-dua buah keluarga selamat disatukan pada masa akan datang.

Sunday, August 29

Sebelum terlupa

sunday lunch hour during fasting month:

damn!!

Tuesday, August 24

One happy family #1

Kali ini aku nak kenalkan anak-anak aku selain yang dah diperkenalkan sebelum ni, iaitu Sara.ni anak-anak aku yang lain yang selalu menceriakan hidup aku dan Mr Lee.mungkin jgak hosmet2 ku sekalian.walaupun kadang-kadang termuntah,terbuang air kecil dan besar kat tempat yang tak sepatutnya.sorry ya kawan-kawan bagi pihak dorang.who knows?

dalam kenangan: Ni nama dia Effy.seekor male yang sangat tegap badan dia dan selalu mengusik-ngusik adik2 dia, Winnie and Ezza kat bawah ni.tapi.......dia dah xde.mungkin sebab tetanus.lebih kurang sebulan yang lalu.dia ada breed shorthair yang hampir pure dan hitam berkilat.

Ni adik dia Winnie, nama diletakkan sempena nama penulis blog ni, ubah sikit jer.ada sikit rupa bengal kat badan dia hasil dari breed bapak, dan mix shorthair jugak hasil dari mak.


Ni budak perasan comey (memang sangat comey).selalu menunjuk-nunjuk ekor dia yang lain dari orang lain tu.nama manja Gebush.nama betul Ezza.dia ni dapat breed persian kot sebab bulu dia tu panjang and kembang.badan pon lembik je bila pegang.

Ni dah setahun bersama aku dan Mr Lee.kebanyakan masa bersama Mr Lee.ye la.jantan mesti dok dengan laki kan.kan umah aku ni banyak girls,so xnak dia mengada sangat.nama dia Toby.bapak si Effy, Ezza dan Winnie.breed bengal yang dah mix persian.

Ni partner Toby yang first.and my first pet jugak breed shorthair yang dah mix persian.dah dekat 3 tahun kot dia bersama aku.dan yang paling senang nak dijaga sebab kelakuan dia yang sangat baik dan paling susah nak dengar suara.aktif dan sudah semakin gemuk sekarang.dah dua kali beranak.first time satu dari dua je yang survive,second time dua dari tujuh je yang survive.yang Winnie and Ezza tu yang second time la.

Tuesday, August 17

Bersungguh-sungguh

Tajuk berita pada kali ini ialah hardworking..sama je la maksudnya..rajin dan bersungguh-sungguh..sapekah? err..saya la..huhu..setakat sekarang ni tido 3 jam setengah je, lagi banyak jam tu adalah membuat kerja+tengok tv+makan dan yang sewaktu dengannya..tapi untuk kes tido, hanya 3 jam je yang terpaksa diperuntukkan..kenapa cik wanie tido kejap je nih..haritu bukan main bersungguh buang tebiat tido je..sekarang adakah cik wanie sudah berubah..??
jeng3x--
mana ada daa..biasa je..cuma semalam tak rasa nak tido sangat..tengok la lepas ni, abes dia qadha yang hari ni punya..isk..isk..cik wanie..cik wanie..
tak tau la kan jadi macam tu ke tak..harap2 idak le..mungkin semalam terkena penangan nescafe ais kot [terliur pulak sekang]..atau terkena penangan sup cendawan Cik Wa..atau jugak sebab termakan kek Cik Zaty yang mahal tu [dahle dia pon konpius kek tu berkulat ke tak]..adoyaii..tapi apa pon, syabas meri beti! kata cik-cik hindustan..semoga teruskan usaha kurangkan waktu bertidur [jangan ikut tatabahasa yang tak betul-akibat kurang tido agaknya]..

Sunday, August 15

Kehilangan

Hari ni aku telah kehilangan sebahagian lagi makhluk istimewa dihatiku..nama dia Cik Cream (seekor kucing)..semalam baru je bawak dia gi klinik..entah kat mana yang tak kena, hari ni dia pergi untuk selamanya..
isk..isk..
tolong doakan mama dan papa ye..harap2 mama dan papa dah bagi Cream hepy masa Cream dok dengan kitorang..

Saturday, August 14

Tido sampai sakit kepala?

tak tau pulak kenapa sejak puasa ni tabiat tido semakin menjadi-jadi..yang agak teruk jugak le..huhu..sampaikan kepala dah jadik sakit giler sebab tido..yeke? wallahualam..aku pon tak tau,tapi aku rasa sebab tu la..ke aku salah makan..tapi orang len a.k.a hosmet len xde pulak terbungkang macam aku nih..ke aku makan ubat batuk..ke aku kurang bersenam..ke emosi tak stabil..banyak jugak rupanya sebab aku jadik macam tu ek..
err..xtau la..
harap2 lepas ni aku xjadik macam tu lagi..tiba-tiba teringat nak balik kg..isk..isk..sedihnya..

Thursday, August 12

Selamat konvo kepada yg konvo tahun ni

Selamat hari konvo kepada Mr Nan a.k.a sweetheart Cik Ida..aku dan Cik Ida diberi peluang utk masuk ke DECTAR menjadi wakil kepada mak ayah Mr Nan..sebab mak dia lumpuh dan ayah dia dah xde..tapi atas usaha dia abes kan master, akhirnya dah konvo pon..syok pulak tengok org konvo..utk kali kedua..hehe
turn aku? bila lagi?
aku harap mak abah dapat lagi sekali masuk DECTAR utk tengok aku amek ijazah sarjana pulak..tolong aminkan..aminn..
aku harap lagi dapat konvo dengan Mr Lee seterusnya merapatkan ukhwah 2 family..cewah..amin lagi..amin..

Sunday, August 8

Ahlan wasahlan Ramadan

Lagi 2 hari je nak melantak sebab Rabu ni dah bermula bulan Ramadan..ada gak terpikir nak balik kampung, tapi bilik teringat kerja yang tak siap ni, pening jugak la kepala..dengan anak2 mama lagi kang takde sapa nak jaga pulak..sekor je takpe,tapi 6 ekor..seronok aku tengok dorang ni tido lena dekat aku..aku harap aku dah jaga dorang dengan baik..harap2 takde lagi kehilangan anak2 kesayangan ni..tolong doakan mama ye sayang2ku..
*dah melencong bab pulak ni*
aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia ni..semoga kita dapatkan tingkatkan amalan di bulan mulia ni, dan semoga puasa tu memberi kita pengajaran dan rahmatnya dilimpahkan ke atas kita..
Tahniah jugak buat adik hosmet yang rajin Cik Wawa (bukan nama sebenar) dan buat kawan sepengajian di Sains nuklear tu a.k.a sweetheart hosmetku Cik Ida, Mr Nan yang masing-masing akan berkonvo pada esok dan hari Selasa..
kepada hosmet Cik Ralat dan Cik Senyum (or nama sebenarnya Teha), semoga kita mendapat berkat itu, dan dapat berkonvo bersama-sama tahun depan [i'Allah jika panjang umur murah rezeki], dan semoga sweetheartku, Mr Lee, pon dapat berkonvo sama2 sterusnya menemukan keluarga kedua-dua belah pihak..aminnn..
Tahniah Mr Lee sebab tadi dapat memiliki Mr Rocky (lappy) yang dibeli kat The Mines..semoga anda diberi kekuatan dan kesabaran menghabiskan coursework MSc di UKM ni dalam tempoh setahun..
akhir sekali, semoga bulan mulia yang bakal menjelma ni memberi aku kekuatan untuk menyiapkan Cik Tess..amiiinn..

Saturday, August 7

Jangan jadi habit

Entry ni cuma nak mengingatkan diri sendiri supaya lepas ni cuba tido awal.huh.
*mengeluh*
dah lama mata aku xbertahan sampai waktu macam ni. setakat yang bole tahan before ni pon jam 2-2.30 pagi je.tapi apa nak buat, time siang hari merapu xingat dunia.dah buka dah cik Tess (a.k.a tesis) depan mata, pastu main [main kucing, tido, baring, golek-golek, tengok tv, baca blog org, donlod dan termasuk juga pelbagai permainan lagi].huh.
*mengeluh lagi*
bila mata dok tahan macam ni, perut mula la berlagak lapar konon, tadi malam dah makan kot.melampau.sekarang dah xtau nak tulis apa lagi kat cik Tess, kalo sehari dapat taip dua baris je, agak2 bila bole siap hah?
esok aku berangan nak bangun awal, buat keja.ntah jadi ke tidak,dem!
oleh sebab sekarang tengah bulan merah, lagi la sedap tido xhingat donia.
mungkin sebab tu jugak kot aku punya emosi terganggu, metabolisme badan dah xbetul, angin pon xberapa bagus.sekejap ok, sekejap rasa nak merajuk, sekejap rasa bengang.apa pon rasanya, semua rasa yang tidak enak dan aku tak suka.
emosi xbagus, sila main jauh-jauh.anda menjejaskan reputasi saya sebagai seorang yang rajin.yeke? ye kot.
mata dah pedih, sembab pulak tu. ok la.nite.

Thursday, July 15

Luahan Hati: lapar

tadi tengahari sudah tulis isi hati..tapi xdipost..sebab..biar la monolog tu aku je yang tahu..semuanya about the future..tapi that thing will DEFINITELY comes up in the future..so just thinking about it now..so prepare for whatever consequences..

sekarang nak monolog lagi..tapi nak sebarkan kat sini..

perut berbunyi...lapa sangat pulak..padahal pagi tadi sudah makan nasi lemak (sweetheart Cik Ida bagi) dan roti canai (makan dgn sweetheart sendiri)..and tu last makan..

sedang asyik dok luahan hati kat sini, rupanya anak aku Si Sara dok dinner lauk lipas kat belakang aku..isk..isk..geramnya aku rasa nak belasah je dia..tapi xla pulak aku buat cam tu kan..macam aku xbagi makan pulak kat dia..xde benda lain dah ke nak makan..aduii..

berbalik kepada aku tengah lapar..nak pesan kat Cik Ida, dia g McD pulak..malas la pulak makanan tu yang xtau boleh kenyang ke x..takutnya kenyang kejap je..Cik Wa pulak x angkat tepon..aku ingat nak pesan kat dia je..then xjugak aku makan untuk malam ni..

so..tengok la apa rezeki aku nanti..

yeayy!! ada orang datang nak ajak makan..

p/s: bobo still xjumpa sampai sekarang..bukan rezeki aku nak jaga dia..

Friday, July 9

Home sweet home

dulu rumah ni, home sweet home aku..sekarang pon rumah ni home sweet home aku..

sebab sekang ni kalo balik kg dah bole online..huhu..

walaupon sekang ni aku tengah mengadap tv 42 inci jenama hanabishi yang xleh buka pon..@_@

tapi rumah akan jadi xsweet kalo ada penyangak yang suka curi wayar tepon kat kg aku ni..menyebabkan kerugian membayar bil intenet dan telefon sebab xdapat digunakan..tambah masalah kalau polis pon xbuat kerja..huh! xtau la takot ke or dah kena 'bayar' kan..

apakan daya jika ada orang yang xbertanggungjawab wat macam tu..p la cari kerja yang halal cik adik cik abang oii..bukan cik akak la sebab jarang la pompuan p panjat tiang tepon ditengah malam buta kan..haritu dah kena kejar, tapi si kawar ni memang la licik..

******

berbalik kepada aku kat home sweet home..

tengah dok rehat lepas makan tadi, cik Ralat mesej mengatakan anakku, si Bobo hilang xdapat dikesan..buat sementara aku hanya mengharapkan cik Ralat dan cik Ida jumpa anak aku sekor tu..

sori Bobo kalo Bobo rasa mama kejam sebab dah iklankan Bobo..isk..isk..sedih plak aku teringat dia..baru sehari aku xdak dengan dia...-_-

Bobo, harap2 Bobo ok tau..hal ni pon your Dad blom xtau lagi..xnak bagi dia risau jugak..please cik Ralat and cik Aida, cari dia..! please!

Thank you, girls.

Wednesday, July 7

#1 cat for pet

hm..nanti korang yang terbaca blog ni sila la lawati link ni utk tengok kucing saya yang chumil tu..nak jual..waaa.!!! sayangnya!!


tapi apa boleh buat..aku pon dah nak abes belajar..jadi, financial tu macam prob sket la..anak2 pulak ramai..berkorban je la..harap2 dorang dapat dok dengan mama baru yang sayang kat dorang sepenuh hati..lagipon dorang ni kecik lagi..so boleh la pupuk kasih sayang tu dari awal lagi..

okey, cukup2la meluahkan perasaan kan..kang ada orang xsenang plak nengok blog aku nih..


'Kontrak Hidup'

hmm..apakah ye?

kalau kita ada berhutang dengan PTPTN, ada syarat dikenakan supaya bayar bila dah keja..

kalau kita dapat biasiswa pulak, ada syarat janji yang dikenakan supaya kerja dengan pemberi biasiswa bila dah abes belajar..

bila kita dapat keja pulak, ada syarat yang kita bagi untuk diri kita supaya rajin bekerja supaya dapat gaji setimpal dengan kerja kita..

jadi, semua dalam hidup kita ni ada kontrak yang kita perlu buat untuk teruskan hidup..macam tu jugak yang terjadi bila kita lahir kat dunia ni..kita dah terikat satu kontrak dengan Tuhan secara automatik di mana kita kena buat apa yang Dia suruh dan tinggal yang Dia larang..tapi kita, manusia selalu lalai dan leka dengan nikmat hidup yang Tuhan dah bagi..bila senang, kita selalu lupa Dia..kita dah xingat dengan sapa yang bantu kita untuk hidup..

macam tu jugak kalau kita dapat duit biasiswa..joli sana, joli sini..bila kontrak dah tamat, baru perasan yang kita xmenyimpan untuk masa depan..

kontrak dengan Tuhan pon macam tu, kita kena kumpul bekalan untuk bawak mati nanti..kalau dah mati, baru menyesal, sungguh lah tidak elok untuk diri kita..jadi, peringatan untuk diri saya sendiri yang hina dan lemah ini, juga sesape yang ada terbaca entry ini, marilah sama-sama berubah kearah kebaikan..

sebab kita pon xtau bila pulak turn kita nak bertemu dengan Dia..harap2 kita semua sempat memohon ampun dan membawa bekalan secukupnya ke sana..

p/s: elok juga tengok halaqah, dapat banyak manfaat selain kita selalu diingatkan..

Tuesday, June 29

Kisah Winnie

Winnie hilang tadi..masa tengah siap2 nak g lab, then heran tempat dia biasa lepak kosong plak..then, cari..cari..cari..dan mencari...huh..kalo xsalah seluruh umah dah aku cari..termasuk port yang mempunyai kebarangkalian besar dan kecil pon dah aku cari..air muka aku pagi ni memang xberapa sedap la sejak bangun tadi..dah la xbangun sahur, xtau la bole tahan ke x puasa hari ni..masa otw nak g lab tuh,ada jugak cari kejap2..sementara Cik Ida (bukan nama sebenar) tolong g buang sampah kat bawah..

Pas anta Cik Ida kat lab, aku pon balik ke rumah semula di tropikana resort..pastu, sambil menghala ke rumah di nombor 2-14, aku cari jugak si Winnie ni..sebelum kaki melangkah lebih jauh, aku terdengar sayup2 suaranya mengiaw..then, aku dah start gabra..macam mana aku leh tau tu dia..? sebab bila dia dengar suara aku panggil nama dia, dia pon dok bunyi..aku cari la suara tu dari mana..then sampai kat tangga suara tu semakin sayup..aku xdak idea plak nak g ke atas ke kebawah..aku g la kebawah dulu..iaitu tingkat 1..then suara tu lagi jauh bila aku round 1 floor tu..pastu aku aku naik tingkat 3, macam xdengar jugak, tapi bila sampai kat tengah2 floor tu, bunyi cam kuat plak...aku memang xdapat agak langsung dari mana..then aku turun tingkat groundfloor..masih dengar suara dia..masih kuat dan jelas...

aku berenti kat tengah2 floor di groundfloor..dan mengomel sendiri..

"damn!! kau kat mana ni winnie..winnie!! winnie!!"

then aku sedar yang dia masih kat bangunan tropikana ni lagi..so aku cuba la cari di tingkat terakhir..sampai je kt tangga tingkat 3 tu, aku dengar suara dia semakin jelas..then sampai je kat atas, aku nampak dia..takut..aku pon dok kat anak tangga tu, panggil dia..then dia turun..aku rasa bangga la jugak sebab dia ingat aku..selama ni aku ingat dia memang langsung xkenal aku..sebab dia xbaik dengan aku..dia jenis bersendirian la jugak..tambah2 Si Sara ni suka betul cari gadoh dengan dia..menjadi trauma di rumah sendiri..dan aku dah jemu nak marah Sara..kang suara aku tinggi..kalo cek darah aku, xpayah cakapla tingginya..

so, berbalik kepada Winnie ni, aku pon bawak la dia balik umah..dan sekang ni pon aku dok men je dengan budak2 ni..walaupon semuanya degil2 belaka..tapi aku sayang sangat dengan dorang 7 ekor ni + lagi 4 ekor dok dengan Mr Lee + Mr Lee la skali..

p/s: kata penegasan di situ perlu dibesarkan bila sesekali meluahkan perasaan..

Saturday, June 19

present next week

Next week aku kena present kat Kolokium Siswazah plak..huh..paper kena correct pon lom wat lagi..dah tu nak kena register Seminar plak before 30 jun..hmm..macam mana ek..masa dok kat sini pon dah semakin singkat..yela,income dah xde kan..huhu..

so, next kena siapkan pape keja la..and kena gak cuba cari duit..tapi......macam mana???

ada idea ke?

Friday, June 11

mari rajin

Lama sudah tidak menulis..disebabkan tesis la..apa lagi..eh, ada sebab lain jugak iaitu 'you are beautiful', drama korea yang dilihat menerusi Youtube je..hehe..sila buat tesis ok! adoi..kenapa susah sangat nak menulis nih..masa ni la nak stress, sakit kepala, sakit kaki, sakit badan, bla...bla..bla..etc..*merungut*

masa ni jugak la nak tengok cite korea la, tengok movie la, main game zombie la, bla..bla..bla..etc..*merungut lagi*

sebenarnya tak elok merungut..mak mertua xsuka nanti..hehehe..mak sendiri pon xsuka jugak la..lebih baik bersabar dan cuba buat yang terbaik..ok! aja aja fighting..

Friday, June 4

Nama kucing?

Opps!

before I forget,I want to ask you all yang terbaca my blog ni..

aku ada 6 ekor kucg masih xde nama..

2 male, 4 female..my cats were so productive..

so, if anyone want to give suggestion, please do so..

thank you.

Mariah Carey - We belong together

Malam ni....aku nak share video klip ni..memang best gak..actually, Mr Lee yang gitau aku pasal video ni..yela, kalau harap aku snediri yang tengok, gamaknye idak lerr..aku jenis yang depan internet ni tau cek email, or blogging, or donlod cite, or pape lagi la..(eh, banyak jugak aku buat, tapi bukan kaki FB la, of cos!)..tapi yang aku x tahan sebab dalam video klip ni ada Mikey Scofield my fav actor dalam Prison Break..x pecaya pulak bila tengok si hensem tu dalam video klip ni..sangat x boleh blah (oopps! Mr Lee pon sangat kacak, ok!)..jangan marah ye..hehe..so,enjoy la lagu ni..ditujukan khas juga buat Mr Lee..tapi saya of cos la x nak jadi macam dalam video klip ni kan..x best la..


Kalau nak nyanyi sama2 dengan Mariah Carey ni, sila cari lirik sendiri la..sudah malas nak cari sebab kepala sangat berdenyut2..

p/s: sila buat keja jugak ok, Cik Wanie!

Wednesday, June 2

Next plan??

Dah lama gak rasanya xngeupdate..tapi yang aku nak cakap sekarang, Summer School pon dah abes..hari jumaat = cuti wesak ritu aku bertugas, apa nak buat kan..sebagai tour guide kepada pensyarah jemputan dari Korea untuk melawat-lawat bandar Melaka..bersama-sama barisan kepimpinan guidance ini ialah Mr Lee and Mr Mat (2-2 ni student MSc gak)..manakala insan yang diraikan ialah Prof Seong dan Prof Lee..nanti bila aku senang, aku cite la pasal hari tersebut..sekarang xberapa senang memandangkan dah bulan Jun dan xde progress..so, next plan ialah.....? aku tgh nak plan ni..huhu..jupe lagi~

Wednesday, May 26

Congrate Mr....

Untuk kesekian kalinya after a few months, aku buka fb konon nak menjenguk gamba aku kat sek men dulu..then jumpa plak undangan perkahwinan my friends kt sek men gak..adoii..dah ramai kawan2 aku yang mendirikan rumah tangga..aku? bila?? aku pon tertanya-tanya..belum masanya..maksudnya xde rezeki lagi la tu..penting ke sangat..pada aku penting gak la..depends kepada keadaan dan situasi la..tapi, my friend, sori la kalo aku tak dapat datang..sebab utama aku baru je balik minggu lepas..sebab kedua aku banyak lagi keja tertangguh..sebab2 kecil ialah no money, so no talk la..

dis week end of Summer School..so, jumaat cuti..yeay!! aku? sila buat keja cik..hehe..insyaAllah..doakan aku berjaya buat keja..kalo tidak bila mau grad beb..my soul friend pon dah diaccept utk continue master..so, Congratulation Mr Lee.. saya akan sentiasakan mendoakan kejayaan anda dunia akhirat, besides jadi tulang belakang, meja kerusi untuk Mr Lee..hehe..nite..

Wednesday, May 19

Summe School programme

Still on Summer School programme at UKM..still counting the very last batch of samples (hope so @_@)..just now baru rasa sangat rest setelah terkejar kesana sini..kaki baru nak baik pon dah sakit balik..xsemena-mena pulak sakit 'pinggan' jugak..kalo dapat letak kepala atas bantal.....fuh..leganya rasa..tapi today balik awal (sampel blum siap,tp ikut turn guna alat)..so kena buat keja la kan tonite..siapkan memana yang ptut (semuanya ptut, so xtau nk start yg mana dulu..heheh)

ok la..xelok merapu lama-lama..TAKUT XJADI KEJA..daa~

Tuesday, May 18

bestnye balik kampung

baru balik dari kampung malam semalam..

and really tired of all stuffs here..

bestnye dok rumah..

Thursday, May 13

Tahniah badminton Malaysia

ok. entry kali ni is about sport pulak yang tengah berlangsung sekarang iaitu Piala Thomas. tahniah kepada team Malaysia yang berjaya kalahkan Denmark sebanyak 3-2.

Apa yang aku nak bincang kat sini ialah jangan la pandang rendah terhadap pasukan kita sendiri. di mana semangat 1 Malaysia kan kalo asik komen team sendiri..wakaka..ini adalah disebabkan laman sesawang Facebook yang hangat menjadi tempat perbincangan badminton Piala Thomas..sebenarnya tak boleh la kita komen team sendiri..kalo positive comment ok la jugak..*eceh..sangat kebal dengan pengaruh fb sebenarnya (ye ke?)

Aku ada beberapa knowledge nak share dengan korang..

1) dalam setiap apa pun kita buat, pasti ada negative thinking oleh some party..
2) our duty is to just think positive what ever it is..
3) just ignore the negative thinking party whose do not accept us eventhough we try hard in our job..
4) we have to overcome fear which also means we dare to take risk..
5) do not try to judge a book by its cover..

p/s: ntahla ada kaitan dengan badminton ke x, tapi aku rasa ada kaitan dengan hidup la..

Tuesday, May 11

Makan-makan #8

brr! bukan shake coca-cola ok. tapi ialah bunyi perut. di pagi hari tanpa brekfast adalah sangat lapar. Jadi, untuk bagi aku kenyang cukuplah sekadar sharing menu ini kepada kalian semua (bestnya kalo cam tu, xpayah bazir duit nak makan..). cukup mengarut. sila ke objektif entry ini.

Lokasi: Selera Herba, Seksyen 9, BB Bangi.

Menu: Lempeng kelapa (RM 3.00)
Nasi ambeng (RM 6.00)
Roti Arab (RM 3.00)
Air teh o ais (Rm 1.30)
Sky-jus (mcm air ujan,tp bukan!) (RM 0.20)

Harga Nett: RM 13.50

Roti arab saiz kecik, saiz besar pon ada..

Lempeng kelapa satu keping..

Nasi ambeng (jawanese food)..

Ok! makanan kat sini ok la. kalo sesape rasa nak makan ringan2 tu sini memang bagus la. untuk minum petang ke..sebab ada banyak lagi menu untuk minum petang yang besh2..nasi ambeng tu best sgt la bagi aku..ada rendang, ayam goreng, kuah sambal, mee goreng, keropok, sambal goreng jawa di sekeliling nasi putih tu..mengikut firasat@mitos yang disampaikan oleh Mr Lee (partner yang menggegem kan aku), makanan ni best dimakan beramai2 di dalam dulang..jadi, bayangkanlah! hmm..best2..

Besday my supervisor

Baeklah..hari ni sambut besday Dr aku..yang dihadiri oleh VVIP iaitu aku, Mr Lee, Ms Nana dan Mr Ali..malangnya Mr Tan tak dapat hadiri majlis sederhana ini sebab he was at his hometown, Penang..Then Mr Ali memainkan peranan pelakon terbaik yang berjaya mengeluarkan Dr aku ni dari bilik dia..so, lokasi kejadian adalah dibilik kitorang (bilik siswazah)..a bit large la kan..tugas Ms Nana ialah fake appointment dgn Dr pkul 2, dan beli brg2 kering untuk sesi makan..

berikut ialah adiah besday dia..tempat beli kat parkson..tukang beli adiah dan kek ialah aku dan Mr Lee..brand John Master sebab under our budget, student kot..berpada2 la kan..berikut ialah adiah untuk beliau..

beg ini berisi adiah..beg yang senang dan mudah untuk ganti pembalut adiah..

baju je, sebab dia jarang beli baju..baju dia pakai hari ni dah berusia 8 tahun..cool kan..

then bila Dr datang, kitorang pon menyanyi la lagu suka ati untuk beliau..dengan rasa teruja bercampur blur2, dia pon memotong kek yogurt chee cheese..aku xtau sbb apa nama kek macam tu..tempat beli ialah bakery dalam ukm kat pusanika je..sedap coz a bit sour..but lot of cream though..dis is the cake..

"Happy birthday Dr Khoo-wani, lee, ali, nana and tan"

ok. Tetamu jemputan pula adalah terdiri dari pembantu makmal, pegawai sains dan pembantu peg sains yang berapa kerat je kat sains nuklear tu..pensyarah lain adalah tidak termasuk sebab ni majlis org kecik2 je..orang besar tidak boleh join ye..haha..

Mr Ali, Ms Mun and Mrs Sidah

yang kiri sekali Dr ye, then Mr Ali, Mr Lee, aku and Ms Nana

Students and ex-stud under Dr Khoo

Last pieces for Mr Azri dan Mr Azlan yang datang lambat

So, happy besday Dr yang ke-35..

pesanan penaja: Mr Azri dan Mr Azlan sori xde gambar sbb korang lmbat..sape suh kan..haa..awl2 dh ajk2 xnk dtg..

Sunday, May 9

Happy birthday

ops..before I forget,

Happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to Dr Khoo,
Happy birthday to you.

so, tomorrow we will surprised him on his belated birthday (still blum beli adiah lagi..wakaka)..ok. 'we' here means me, Mr Lee, Mr Ali, Ms Nana and Mr Tan..his students included an ex-student..'him' pulak ialah my supervisor iaitu Dr Khoo..juga lecturer kat sains nuklear..

so.wait till tomorrow..

Contest senyuman paling menawan

Sesaje gatal tangan nak join contest ni yang dianjurkan Cik Chentazetty iaitu 'Contest Senyuman paling Menawan'..ni je gambar yang aku jumpa yang agak menawan (ceh! xsgka masuk bakul angkat sendiri)..tu pon dengan burung unta pulak tu..haru..haru..

Ini adalah banner contest tersebut..


Ini gambar tersebut yang menjadi pilihan untuk penyertaan..

Lokasi: On the way ke Padang Besar

memang kat tepi jalan, tetiba nampak macam park burung unta and bergambar sekejap..keadaan memang sangat panas terik hingga spec sudah bertukar warna..
burung unta itu sedang tidur dats why I begitu berani berdekatan dengan beliau sambil senyum riang sebab best..

Saya suka senyum sebab banyak perkara la antaranya ialah best, gembira, puas ati dengan sesuatu perkara yang terjadi dan all sort of nice things..then, senyum bole buatkan orang lain juga turut tersenyum (sebab gelakkan saya la tu.ceh!)

Sekarang tibalah masa untuk mengetag, tapi xramai kawan la pulak..

Dis is my Mak..

Selamat hari ibu untuk Mak yang paling aku sayang didunia ni, Rokhiyah Hashim..tanpamu siapalah aku..eceh.but its true rite..on your big day today, i want to say a word for you..and this is my Mak.

once upon a time in Padang Besar in front of Masjid, after semayang asar,me, my sis and my Mak..

I wish....

Thank you Mak sebab telah melahirkan aku ke dunia dengan izinNya, dan dengan izinNya juga telah memberikan aku Mak yang terbest sekali dalam dunia ni..

I could live forever with Mak and Abah of course so I can take care of you both.

I could be with Mak since I am a child, not thinking about study and marriage, but life is a life.I had to go through all of dat stuff which make me who I am now....and its because of you both..

Thank you Mak coz besarkan saya sejak dari kaki saya sebesar 2 jari hinggalah saya sama besar dengan Mak (ops,what does it mean?)..

Thank you Mak sebab semua doa Mak termakbul untuk tengok aku menjejakkan kaki kat Universiti dan dapat ijazah..semua tu adalah doa Mak dan xlupa jugak Abah..yang banyak tolong aku dari segi kewangan terutamanya..

Thank you Mak sebab Mak sangat menjadi seorang insan yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan pon dan telah mencover aku (in relationship I mean coz I noe u noe about it..*wink.)..

Thank you Mak untuk semua perkara yang xdapat aku listkan disini sebab terlalu banyak pengorbanan Mak dan Abah jugak untuk aku sepanjang 23 tahun 8 bulan aku hidup di dunia ini..

for those who lost their Mother, lets us pray for them, Al-Fatihah..

*kredit kepada Mr eQ yang bagi idea untuk hari ni punya entry..thanks..

Saturday, May 8

New face #2

Ok. tajuk entry ni dah story all of it. again! not me but dis blog doh.ehem. dis is cause by friend of me dat suggested to me to change it, eventhough i loike Winnie the Pooh and the geng, but I have to changed.

So..jeng..jeng..jeng..plup!! it changed..out of nowhere!

haha. it is from sumwhere la.tired to repair all dis things..so,just click wherever u want and just read whatever inside it..because I dont noe how to change it anymore.

so..welcome to my club..haha! @_@

my eyes were so tired after doing dis for a day while watching bollywood movie,'Mann'.. as u noe its on TV3 just now..and then, the internet was blacked out for about 1 and a half hour when it is raining very heavily.

and until now, I was still sit in front of the notebook, to not try to get a shower or filling my stomach (coz zaty dah buat kuih jemput.full,ok!)..and now, just count the time..tik..tok..tik..tok..

sleepy pulak..damn!

Thursday, May 6

Makan-makan #7

salam..kali ni kita jalan-jalan lagi di sekitar bangi, mencari kedai2 baru untuk dicuba..

Lokasi: Austin steak house, Seksyen 7, bandar baru bangi

Food type: western

Menu: Grilled lamb steak
Grilled mix steak
Air jus belimbing

Harga: tak ingat but below rm 30

Time to serve: lambat jugak and depends pada customer la ramai ke tak..usually tgk mmg ramai dah susah la kalo nak makan cepat..

preferences: tengok cara dia serve tu x la cantik sangat kalo nak compare TGI friday but, ok la..sedap gak..maybe dorang nak cepat kot, so letak2 je..

Grilled lamb steak

grilled Mix steak

air jus belimbing

apa2 je la

oleh sebab xde pape yang menarik pon dalam hidup aku, so dats y no new post for the past 2 days..so aku pon xtau nak cerita apa..skang aku tengah wat analisis terhadap sampel-yang-bukan-aku-punya..nampak gaya macam bagus je result ni nanti..harap xde masalah yang membuatkan keja jadi banyak la..den minggu depan nak balik kg, tapi blom mbeli tiket coz xtau bila nak balik..den lagi..aku harap, life, study, relationship aku berjalan lancar hendaknya..supaya kepala aku x sakit2, hati aku x sakit2, jiwa aku x sakit2..mata aku x sakit2..keseluruhannya semua x sakit2 lah..aku harap semua keputusan dan tindakan yang aku buat adalah tak salah..semoga aku cepat grad dan boleh memikirkan sedalam2nya tentang hidup aku pastu..perancangan buat masa ni la..aku harap tindakan dan keputusan aku buat tidaklah mengikut hati semata-mata tapi mempertimbangkan akal jua..cewah..tapi sekarang xde mood, so cakap lepas je la..the end..

Sunday, May 2

Makan-makan #6

Location: Restoran Telaga Buruk (bukan dlm telaga, lol), Seksyen 7, BB Bangi

Menu: Nasi putih
Sup cendawan (mcm jenis cendawan ada dlm tu)
Kailan goreng belacan
Telur dadar
Teh 3 layer dan laici

Side dishes: Potato wedges bersalut keju (cicah sos and mayo)

Harga: Below RM 20.00 (2orang makan)

dis is my 3 layer tea yang dah dikacau

side dishes..em,sedap bila cheese tu melt

sup cendawan, tgkla mcm2 jenis cendawan

all of the menu order, u shud try!

p/s: dis restoran is near the chicken king restoran yang ada sorbet tuh, so xsusah kot nak cari kedai ni..corner lotnye kedai..ada makanan berlauk gak time tengahari..

Friday, April 30

Tick for done

Bagi perkara (a) dan (b), sila tick (/) for dah siap:

(a) Kerja tak berbayar:

1. Satu lagi paper international-dah submit jugak (/)
2. Translate abstract student Libya yang dh nak grad-aku bila la pulak (/)
3. Paper untuk kolokium siswazah-'beliau' tengah cek (/)
4. Sampel student Libya yang nak wat paper-apsal aku lak kena wat?? (dalam proses)
5. Tolong bebudak undergrad-ada jugak la yang dah anta tesis jilid (/)
6. Kena g Summer School-(belum register lagi)

(b) Kerja berbayar:

1. Tulis tesis-dalam proses

Mengikut dari data-data di atas, perkara yang perlu ditekankan ialah yang berhighlight merah. Sebab, jika yang merah tu tak siap, maka perkara (a) akan datang bertambah-tambah, dan perkara (b) terpaksa ditangguh-tangguh tak tau sampai bila.

Thursday, April 29

Makan-makan #5

Kalo tengok kat tisu dalam gambar di bawah ini menunjukkan nama kedai yang empunya makanan. teppanyaki tau, bukan Mr teppanyaki..lain tuh..jgn tertipu plak..


baiklah..seterusnya saya ingin menunjukkan beberapa cadangan menarik untuk makan disini..


Nama hidangan: fuji snow (sori sebab gambar sebelum dimakan lupa nak ambil, so dapat amik yang dah dimakan je)
sinonim dia ais kacang la..cuma ni makanan ala jepun kot, tu sebab bagi nama fuji snow, tapi leh tahan gak, ada buah laici, nenas, dll lagi
Harga: rm 4.++
cadangan hidangan: dicadangkan utk 2org (rasa sket2 la sbb mahai sgt)..

Nama hidangan: Niku soba (macam mee sup la, tp mee dia lain sket, sup dia lain gak)..hehe,kalo sama mesti la nama sama betui dak?
ada kepingan daging, besar2 lak tu, memang puas ati la..
Harga: rm 7.90
cadangan hidangan: kalo sorang makan, memang leh tertido gak ar..makan 2org cepat abeh sket,pastu leh jln2 plak..hehe, cadangan je la..kalo lapa giler leh la pesan utk sorang diri..huahua

Nama hidangan: sukiyaki (suka hati) sebab mangkuk dia besar gak ni..
Harga: rm 10.90
Cadangan hidangan: ni mesti makan 2 orang kot, kalo sorang makan leh abes licin memang power la..
isi dia, sayur2an je..sangat berkhasiat utk org berdiet..


Ada banyak lagi makanan kat kedai ni, tapi nanti bila2 aku p makan, aku cita lagi la..setakat ni, yang ni la best makan..lagipon x berat sangat..sesuai la time kua jejalan ke, tengok wayang ke..sebab xbest r kenyang2 sangat, nanti masuk wayang tido plak..

tu je kot..dats all for now, lain food coming..

p/s: dicadangkan skali skala je utk try..kalo rasa banyak duit sangat, leh la makan selalu..

Wednesday, April 28

Sakit perut

Sebab apa post tengah2 malam? sebab aku nak cite pasal last nitela..dengan x semena-mena tetibe I had terrible stomachache..sampai mengerang la..x tau la salah makan apa..pagi tadi pon lepas minum susu, dua kali sakit perut..silap jugak la, perut lom elok lagi aku dah g mnum susu..and until tengahari tadi, aku memang x larat bercampur rasa nak demam..tapi macam aku cakap semalam la, ada kerja nak kena dibuat..jadi sebab tu la aku baru dapat menulis..sebab aku baru balik dari lab..wakaka (ada nada sinis di situ)..dah la x elok riak sangat..mau tido dah nih..nite2..

Monday, April 26

Gumbira

Sewaktu jam menunjukkan lebih kurang 10.30am..kringg..kringg..!! kringg..kringg..!!

"helo?"

"ya, hello..datang jumpa saya sekarang."

"o..ok..ok.."

Sepanjang perjalanan ke bilik penyeliaku, asik berselawat xberhenti2..then, masuk la kebilik dia..perkara pertama dia mintak lab report student2 yang aku tengah mark pagi tadi la..aduii..belum la siap lagi..

"err..nanti saya bagi kat Dr. sket lagi nak siap dah."

ok. satu bab berlalu. cerita pasal paper plak..

"wah, banyaknya..bagus2.." (banyak itu refer kepada hasil,eceh,bagus la plak)

"ehh,nilai yang ni begitu dekat aa. betul ka?"(penyeliaku berpelat Chinese sket,ok.)

ni soklan yang aku xsuka..bila aku wat xpecaya plak..bila nilai xhampir langsung, kata xbagus plak..pening gak aku pikir..

"betul la Dr.. mana ada saya tipu data pulak..mmg dapat macam tu.."

"ok la..kalo macam tu saya x payah baca la..ok la kan?"

"ok."

aku pon apa lagi..mesti la seronok..penyeliaku siap bagi tips lagi utk submit secara online..cuma nak tunggu hantar online je la esok..wakaka..sebab apa x hari ni? hehe..sebab peta aku lom siap lagi..esok baru dapat..so, walau excited mana pon, aku terpaksa hold dulu..

tapi esoknye part, mesti x gumbira dh and really tired..coz bermula kerjaya part time ku sebagai no-salary-research-assistant..mungkin berlarutan selama sebulan..but at certain day je la..for dis whole week memang full time la..huhu..jadi selamat bekerja kepada pekerja2 sekeliannya..nite nite..sudaa sleepy~

p/s: still x cuti walaupun hari pekerja..wakaka..

Pepagi Isnin

Apa yang aku berjaya lakukan pada pagi ini ialah menghantar paper secara hardcopy kepada penyeliaku yang korang semua dh tau kan..sebab dah dua kali aku email kat dia, bukan dia baca pon..lagipon oleh kerana dia pon penjimat orangnya untuk memprint,aku tolong printkan siap2..hehe

perkara seterusnya, menanda kertas amali student..eceh..macam pensyarah la pulak..ini pon aku terpaksa lakukan sebab patutnya penyeliaku yang buat, tapi aku merangkap PA a.k.a student-konon-semua-tau a.k.a pembuat-kerja-pensyarah-lain jugak a.k.a student first dia wat master, sebab tu la semua aku kena wat..Cik Lee, Cik Mira, Cik Dila, k. sidah dll (yang xsebut nama jgn kecik ati ek) pon dah xlarat dengar aku ngomel2..nasib la k.sidah terutamanya sudi membantu aku dengan jayanya..

perkara yang akan berlaku seterusnya aku pon xtau lagi..depends r..tapi satu perkara akan berlaku ialah aku mest kena bersemuka dengan penyeliaku japg..wakaka..ni la yang aku selalu runsingkan..baiklah..tungguuuuuu...apa akan jadi nanti..

until then, daa~~

Sunday, April 25

Makan-makan #4

Apa punya turr la asik story makan nih..sementara aku x lupa la coz dah lama aku xngeupdate..so jgn marah la coz aku byk story..ni pon byk yang x terakam dalam hp aku nih.. next location is Taman Tropika..heh? mcm biasa didengar..umah sewa aku la beb..maksudnya ni adalah handmade by myself..which known as "mee goreng cendawan wani"..sendiri mau letak la kan nama apa..

Location: Taman Tropika, (B-2-14)

Nama: Mee goreng cendawan wani

Bahan-bahan: Mee, cendawan, cili padi, bawang2an, kicap, sos tiram, sos cili, carrot,daun sup+daun bawang utk tabur (korang leh letak pape saje yg korang suka)

Cara-cara: tumis bawang, masukkan cili padi, kicap+sos cili+sos tiram, then masuk sayur+cendawan, last skali masuk mee.. siap daa,tabur la daun sup+daun bawang..lebih kurang cam tu la kan..

Participant: Aku, and aku rasa time tu Cik Ralat ada gak..

Notakaki: first time aku goreng mee,beb..aku tau caranya cuma xpenah wat..and the result is amazing..ceh! sendiri puji la beb..bawah ni la rupa mee goreng cendawan wani yang dah siap..

p/s: selamat mencuba dan selamat beramal..

Makan-makan #3

Lagi story pasal makan..if u want to noe, bcoz of dis matter la aku leh jadik gegem..makan lak tu kdg2 lebih fat kan in the ingredient, so apa leh wat..yang sedap tu la kadang-kadang is not healthy..macam McD, KFC, pizza ke..the fact is I am damn hungry now..slurrrpp! sila teruskan membaca jika mau tau lebih lanjut pasal dis food..

Date: time tengah lapa, xingat tarikh la, still tahun ni in Mac I think..

Location: Chicken King, Section 7, Bandar Baru Bangi la (food heaven for me..)

Participants: Aku WAJIB la kan..
partner soulmate..Mr Lee..

Menu: mula2 nasi with grilled ayam with BB source (Lebih kurang la, xingat dah)
then order sorbet sebagai dessert: coconut and pineapple sorbet (RM9.90 each)

tengokla keadaan gumbira bila makan..

sorang lagi partner suka makan..tapi dia dh kurus sikit..

satu dah licin, order lagi satu..emm,bila leh kurus macam nih..

ni pineapple sorbet..sedap2x..u shud try also..

p/s: skali skala leh la..kokak jugak la kalo slalu makan..ni first time datang kedai nih..

Makan-makan #2

Seronok plak aku dok cerita bab makan2 ni (of coz la aku tgh lapa, dh kol 12 tghr kot)..yang berlaku dalam tahun ni la..tapi aku xingat la bila but before 4 januari 2010..

Tujuan sebenar: beli adiah besday

Ni adiah besday (pepaham je la utk sape)..

Tempat persinggahan: The Chicken Rice Shop (TCRS)

Lokasi: Alamanda, Putrajaya

Menu: xingat la plak, tapi pakej utk dua org la..
yang aku ingat ada air teh 3 layer, my fav jgak tu..

Participants: Cik Mira (PhD student in Sc Nuc)
Aku la (student cabok kt Sc Nuc)

Cik Mira tengah belek menu sambil kerut dahi..

Teh 3 layer yang menggiurkan, background Cik Mira yang pemalu..

antara lauk yang ada, hmm..sedapnya semua..

Makan-makan..

If u read dis entry pon, u noe what exactly I want to story today..actually, dis activity was happened long time ago, but just want to story la..dis is about my group activity under the same supervisor, but different field..

date: 24 november 2009

participants: Dr khoo (supervisor)
Me (V.I.P in dis group a.k.a only girl)
Tan (or also known as Patrick starfish)
Ali (the organizer)

location: sg chua, section 7, Ali's penthouse

menu: nasi putih
kuah dal (tapi pekat giler tanpa kuah sangat)
ayam masak pedas (also kering, tanpa kuah)
sayur (carrot, timun yang dipotong dadu)
air karbonated (coca cola)

background music: lagu-lagu iranian (ada muzik sioott! xbole blah)

Ni la menu kitorang, air tangan si Tuan rumah..

sorang lagi mamat baju ungu tepi Patrick tu kawan si Tuan rumah..

dari atas kiri: Ali (tuan rumah), of coz la aku
dari bawah kiri: patrick (junior MSc), Dr Khoo (our supervisor)

New face..

if korg tgk tjuk ni mst ckp psl aku kan yg berwjh baru..haha,,but its not me..aku nak ckp about this blog la (kalo ada org perasan)..kalola ada sumbody recognize, my blog is actually had a new face..sesaje bosan plus minus not very hardworking regarding my thesis,so here I am..dis is my fav cartoon character, winnie the pooh..dats y kat my rent house pon I beli "days of hunny" carpet which has winnie and the geng..sorry la if my english is not good enough..still learning..lagipon thesis aku kan BM, pedulik apa kan..dah lm gak I x story kat sini..y...y..y..? I pon xtau..because I byk work to do dats include work for sumbody else (ni yg aku hangin smpai skang)..tp aku kena ikhlas..sabar2 cik wani ye..dats called "kuli" yg hopefully byk knowledge coz dh byk tlg kan..

wakaka..dats mean aku xikhlas..Ya Tuhan, tlg jdikan aku org yg ikhlas dan redha..aminn..pray for me, kay?

now, i have to get back to my original plan (konon2 je la) which is editting 2nd chapter of my thesis..and fyi, about my whole thesis, yg dah ditulis ialah bab 1, 2, 3 di mana bab 4 yang sangat important tu belum lagi dibuat apa2..so, korang rasa aku sempat abes ke sebelum sem depan coz I dont want to extend (for sure la)..apa langkah2 yang aku perlu buat? suggestion? kalo korang nak ckp about facebook (fb), xpyhla, coz I dah avoid to it (fb) since this year (ada nada sinis di situ)..huhu..xdela..but its real okay? so any other suggestion?

Rajin

kalau tengok tajuk ni pon dah paham dah rasanya..tapi bukanlah aku nak cerita yg aku rajin, cuma aku masih mencari jalan nak jadi rajin..susah betul dalam stage menulis seperti aku skang..walaupon dah aku usaha sedaya upaya, aku tak boleh jugak nak menulis..and aku pon tak tau sebab apa..paper dah aku siapkan..tengok apa plak komenan yg akan diperolehi Isnin nanti..dan bila jumpa je nanti mesti tanya pasal tesis aku..aduii..penat dah aku ngelak sebenanya..jawapan masih tetap sama iaitu belum edit lagi bab tersebut, bab ini pula belum tulis lagi..entah bila nak siap aku pon tak tau..

nak kata aku meronggeng je....tak pulak..weekend pon terperuk kat umah je..tapi xde mood sangat nak menulis..bongok la salu rasa macam nih..meluat pon ada..tido tak la awal sangat,bangun pulak asik lambat je..kul 8.30 ke atas..tapi bila pepagi buka laptop aku tak jugak nak menulis..entah dok merapu men game je..

tak boleh jadi ni..aku kena bertindak..keadaan skang slalu tak memberangsangkan untuk idea menulis..ptutla senior2 aku banyak yang xabeh menulis lagi..hoho..ok la..nak cari semangat menulis jap....zzzzzz....

Sunday, February 7

dah masuk sem akhir

tup2 dh berapa bulan ntah aku xmengeupdate si blog..rupanya dh tahun baru dan umur pon makin meningkat..setakat ni aku berjaya menghantar paper ke satu local jurnal..mak aii..punya sush rpanya nk menghasilkan paper ni..nmpk mcm sng je,bila dh buat sndiri,rasa la kesusahannya..tu pulak accept ke tidak xtahu lagi..oleh sbb paper tu dah dicek oleh 4-5 org lecturer bertauliah, aku harap dapat la diaccept dengan cepat..

labwork aku pulak tinggal sket lagi utk disetelkan yang aku pon xtau hasilnya mcm mana lagi.. tesis plak baru terhegeh2 kat bab 1, 2 , 3 lagi yang aku xtau bila nak siap..should be present progress kt co-supervisor aku yang aku sndiri lom tetapkan tarikhnya..perlu ke? alamak..dah mcm nk viva lak..then ada satu lagi paper yang aku MESTI hantar dis month gak..aduii..pening2..

jadi, rasanya sempat x aku grad tahun ni or extend? daa~~