Monday, November 9

mesej best

hari ni walaupun rasa penat sangat balik dari ukm, tetapi best sebab dapat mesej dari Tak-boleh-sebut-nama-sebab-gerun yang diselangi mesej dari teman jiwa..sebab ia merupakan mesej compliment yang menaikkan semangat aku nak wat keja..dan penat lelah hari tu tak rasa langsung sebab mesej tersebut..huhu..

walaupun aku tengah berusaha nak start menulis tesis, aku rasa semangat pulak nak menulis paper lagi..hahahaaha

ngengada..bila suh buat nak mengomel pulak..yela,manusia kan..

huhu..nanti aku merapu lagi sebab letih la..

daa~

Sunday, November 8

weekend berehat-rehat

huh, hari ni berjaya jugak untuk kesekian kalinya mengemas rumah serba sedikit..bukan apa, takut waktu aku kesibukan nanti tak sempat nk ngemas, jadi sementara tak berapa nak kelam kabut sangat ni aku pun menjalankan kewajipanku sebagai ahli tropika..dan oleh kerana perut aku dah berlagu, bergerak la aku dan ijat membuang sampah dan terus membeli nasi..cuma tinggal toilet je tak sempat nak cuci lagi..tapi ok kot lagi sebab baru minggu lepas je aku cuci..

sejak dua tiga menjak ni, aku rajin la jugak ngemas dan cuci apa yang patut..aku rasa orang lain pun macam tu jugak..kadang2 ada hari yang kita malas nak wat apa2, mood pun tak berapa seimbang, kita nak mengambek angin kat luar ke, kita ada kerja ke, nak ke lab ke, nak ke umah sedara ke, nak melayan blues ke and macam2 lagi la..kadang2 jugak ada hari yang kita sangat hepi, kita rasa kita rajin, kita rasa ringan je kaki and tangan nak wat keja, rasa ringan je kepala nak belajar and macam2 lagi la yang kita nak buat..so, sebab tu la kita buat..dan kita tak buat masa kita tengah tak dak mood, masa tengah sakit kepala..kan..kan..kan..

jadi, apa yang nak aku cakap kat sini, aku dah siap correct paper..huhu..bersungguh2 siang dan malam..siap jugak akhirnya..ish, bukan itu yang nak dicakap..aku nak cakap, bila kita rasa nak buat sesuatu, buat je la..supaya tak rasa nyesal ke, apa ke..tapi, kita kena kisahkan jugak benda or org2 disekeliling kita ni..amek berat persekitaran kita..bukan dok dalam tempurung sendiri je..tapi, bila kita rasa nak marah, jangan buat, sebab nanti bila kita buat jugak, ia akan efek kat benda yang kita buat tu..

berbasa-basi pulak kat sini..huhu..actually, dah lama tak merapu kat sini..bila nak merapu ni kena la susun ayat sikit..dan semua nya tidak berkaitan dengan hidup sesapa pun melainkan hidup aku je..so, amek la iktibar mana yang patut..terasa mengantuk la pulak lepas kenyang sarapan tadi..

later, aku merapu lagi la..daa~


Tuesday, November 3

pembaziran hari

haluuu..wah..agak kepenatan hari ni..walaupon tidak banyak kerja yang berjaya dilakukan..pepagi lagi aku dah memonteng dari pergi ke ukm..tapi.....ada tapinya,aku buat la keja kat umah ni..walaupun sakit tangan masih tak nampak macam nak lega, tapi tak kan la aku nak bagi alasan lagi kan..huhu..tapi, hari ni aku banyak menyetelkan beberapa perkara seperti pergi ke tm point yang selalunya ramai je orang..dan bila time aku plak, punya la lmnya dok kat kaunter tu sampai kena saman la sebab parking suka hati..skali bayar bil tenet la kan..

fuhh..abes apa lagi..bila tengah lapa, layanan kedai "tut" plak tak memuaskan langsung sampai aku blah la dari kedai tersebut..g cari tempat lain la,apa lagi..then lagi, aku ke ukm jgak la..g anta cik-cik sampel..bukan aku punya jgak, "tut" yang punya..tak leh setel gak sebab orang jaga alat tak dak plak..

wah,banyak jgak dugaan hari ni..dengan tak semena-mena aku bayar bil letrik la skali, dah alang2 lalu, bukan senang sikap rajin membayar ni datang..rupa-rupanya baru aku perasan yang duit semakin tidak memberangsangkan..tapi, aku tidak berputus asa menghabiskan hari yang dah terbazir ni dengan merayap ke mines,mencari "tut" jgak..dan setelah berfikir sebanyak yang mungkin menggunakan otak kiri, aku pon berjaya membooking "tut" tersebut..hahahah

dan, keadaan semakin tidak baik bila aku balik ke rumah dan berfikir lagi tentang masa depan..perbelanjaan semakin bertambah..bermaksud masalah semakin bertambah..membuatkan aku menyesal sekejap menerima promosi akak astro..huhu..tapi, aku sedang mencari jalan yang terbaik untuk diri aku dan semua orang..

demmmm!! aku belum mendapat jalan yang terbaik..aku rasa nak tido..gudnite..kerja banyak yang tertangguh bermaksud makin kabur jalan di hadapanku..bermaksud jugak yang aku kena banyak tido..maybe leh berfikir dengan baik..

nite..~~

Sunday, November 1

minggu sukaneka

Sebaik tiba di lokasi..
kenangan bersama moto si pelumba stoner..

YDPA yang datang to welcoming the participates


sebelum perlumbaan dimulakan..

lorenzo yang mendapat tempat keempat..

pemenang bagi perlumbaan kali ini, juara dunia dapat tempat ketiga..

masa untuk party..hahaha
moto pelik yang jarang nak jumpa..


ini bukan sebahagian perlumbaan, tapi jem semasa balik..

dengan rasminya minggu lepas diisytiharkan sebagai minggu sukaneka..ini kerana aku telah menghadiri event yang dianjurkan oleh petronas kot..huhu..sesaje la menghabiskan hujung minggu di sepang tu..lagipun tak jauh pun dari bangi ni..haha..
layan je la gegamba di atas ni~~