Tuesday, June 29

Kisah Winnie

Winnie hilang tadi..masa tengah siap2 nak g lab, then heran tempat dia biasa lepak kosong plak..then, cari..cari..cari..dan mencari...huh..kalo xsalah seluruh umah dah aku cari..termasuk port yang mempunyai kebarangkalian besar dan kecil pon dah aku cari..air muka aku pagi ni memang xberapa sedap la sejak bangun tadi..dah la xbangun sahur, xtau la bole tahan ke x puasa hari ni..masa otw nak g lab tuh,ada jugak cari kejap2..sementara Cik Ida (bukan nama sebenar) tolong g buang sampah kat bawah..

Pas anta Cik Ida kat lab, aku pon balik ke rumah semula di tropikana resort..pastu, sambil menghala ke rumah di nombor 2-14, aku cari jugak si Winnie ni..sebelum kaki melangkah lebih jauh, aku terdengar sayup2 suaranya mengiaw..then, aku dah start gabra..macam mana aku leh tau tu dia..? sebab bila dia dengar suara aku panggil nama dia, dia pon dok bunyi..aku cari la suara tu dari mana..then sampai kat tangga suara tu semakin sayup..aku xdak idea plak nak g ke atas ke kebawah..aku g la kebawah dulu..iaitu tingkat 1..then suara tu lagi jauh bila aku round 1 floor tu..pastu aku aku naik tingkat 3, macam xdengar jugak, tapi bila sampai kat tengah2 floor tu, bunyi cam kuat plak...aku memang xdapat agak langsung dari mana..then aku turun tingkat groundfloor..masih dengar suara dia..masih kuat dan jelas...

aku berenti kat tengah2 floor di groundfloor..dan mengomel sendiri..

"damn!! kau kat mana ni winnie..winnie!! winnie!!"

then aku sedar yang dia masih kat bangunan tropikana ni lagi..so aku cuba la cari di tingkat terakhir..sampai je kt tangga tingkat 3 tu, aku dengar suara dia semakin jelas..then sampai je kat atas, aku nampak dia..takut..aku pon dok kat anak tangga tu, panggil dia..then dia turun..aku rasa bangga la jugak sebab dia ingat aku..selama ni aku ingat dia memang langsung xkenal aku..sebab dia xbaik dengan aku..dia jenis bersendirian la jugak..tambah2 Si Sara ni suka betul cari gadoh dengan dia..menjadi trauma di rumah sendiri..dan aku dah jemu nak marah Sara..kang suara aku tinggi..kalo cek darah aku, xpayah cakapla tingginya..

so, berbalik kepada Winnie ni, aku pon bawak la dia balik umah..dan sekang ni pon aku dok men je dengan budak2 ni..walaupon semuanya degil2 belaka..tapi aku sayang sangat dengan dorang 7 ekor ni + lagi 4 ekor dok dengan Mr Lee + Mr Lee la skali..

p/s: kata penegasan di situ perlu dibesarkan bila sesekali meluahkan perasaan..

2 kritikan:

Anonymous said...

hehehe..kucing rupanya..winnie..comel nama dia :D

Unknown said...

hehe..yup Cik Red..saya ada 8 ekor..kalo ada sape nk beli ckpla..huhu..