Monday, February 9

kisah hindustan

tup tup dah lepas pon weekend..ish..ish..ish..aku pun x perasan..apa yang terjadi ni?..hari-hari pon kena bangun awal (termasuk weekend)..xdapat nak rehat lebih..baru aku perasan, minggu ni aku x tengok hindustan pon..laaa..patutla..2 hari lepas patutnya ada 2 movie hindustan kat tv..dah la nak tunggu seterusnya lagi seminggu..ish..memang penantian satu penyeksaan la.. betul kata pepatah, memang x dinafikan lagi setelah aku sendiri mengalaminya..

ni nak citer pasal hindustan pulak..aku ni dari kecik lagi memang dah diajar untuk menonton hindustan..memang dah ada dalam darah keturunan aku ni..termasuk la kakak-kakak dan adik aku dan wajibnya mak dan abah la (abang tengok ke??? dia terkecuali ye..)..sejak dari kurun sanggam dulu la sampai la sekarang (walaupun seksi sket bollywood sekarang, mak abah tengok jgak..hehe)..xpela, bagi la can kat mak abah, lagipun mak abah yang ajar tengok..hehe..

dulu masa kecik tengok dengan mak abah, sampai merah-merah mata dorang..kakak-kakak kadang-kadang jarang layan sket..sebab tu masa aku kecik, mak abah penah cite kat aku yang dorang jumpa aku dalam hutan, dorang pun heran anak hindu mana ntah dok nangis dalam hutan..haha..aku agak pecaya dan tidak jugak sebenarnya..tapi bila dah besar sket baru aku tau aku kena bahan je..anak hindu pun xkesah la, bersyukur sangat mak abah sebagai parents aku..mmuuaahh! rindu plak rasa..dah lama xjumpa mak.....

eh, teremosi plak..patut pun aku layan hindustan, emosi je orangnya aku ni..walaupun aku dah tau serba sedikit jalan cerita hindustan ni, tapi bila part sedih aku nangis jugak..hishh..pelik jugak..bila part hero, asyik termimpi je heronya..yela, hero hindustan ni memang hebat giler..bila lawan je mesti nisbah 10, dahtu mesti dia menang..semangat yang bagi dia menang pulak apa lagi kalau bukan CINTA..ehh..biasa la..cerita hindustan ni kat hujung jari aku je..hehe..selain tu jugak, walau berapa kali aku tengok pun cerita hindustan yang sama, kalau part sedih tu aku mesti nangis giler..contohnya kuch kuch hota hai, deewane dulhaniya le jeyenge, hum aapke hain koun, hum saath saath hain, hum tum, dan etc...tergeliat jugak lidah menyebutnya..tapi hindustan ni maknanya mendalam..aku rasa la sebab aku pun ada terbelajar jugak sket2..antara perkataan yang aku tau 'paani'-air, 'pyar'-cinta, 'hum'-aku, 'tum'-kau dan pelbagai lagi..

tu je la nak citer kali ni..tu pun sebab minggu ni xdapat tengok hindustan, teringat la pulak..hehe..nanti kalau da pape aku teringat, aku roger la..

p/s: tujuan menghighlight cinta adalah kerana orang kata cinta itu buta..tapi, betul ke???

0 kritikan: