Friday, January 9

aduh,keja lagi..

selepas menulis blog tgahari semalam,aku pun buat la keja yang xberapa nak siap sangat tu..yela,japgi nak repot progress..tunggu buah ati pun x mesej jugak,sibuk agaknya..mungkin aktiviti dia full untuk hari semalam..tunggu punya tunggu, dah pukul 4,dapat satu mesej, dengan perasaan yg sangat girang gemilang, aku tgk la kat skrin hp, ala...orang lain plak, katanya appointment lambat sket..aku pun xkisah..lagipun dah ada bilik sendiri kat makmal ni,nak tido pun boleh..then, jarum jam panjang tunjuk pukul 6, jarum jam pendek tunjuk pukul 5, dah pukul 5.30pm..haha, satu lagi mesej masuk..yeyeah! melompat-lompat aku dalam bilik..tgk2,ala..orang yg sama lagi..beliau kata dah ada di ofis, then suruh jumpa..terpaksa la aku dgn penuh kerelaan pergi ke ofisnya..ms kat dalam tu, berdiskusi la aku dgn beliau, Dr. Khoo, tentang permasalahan yg aku hadapi dan sambil itu memberi souvenir yg dibawa dari Australia..kemudian, saat inilah yg membimbangkan aku..aduh,aku diberi tugas untuk menganalisis sampel untuk dihantar ke Vienna..aaahhh..aku ni masih xkuasai software, dan aku takut merosakkan segala-galanya..tapi, kajian aku adalah 'non-destructive methode'..hahaha..so, xde apa la..saja kusutkan kepala yg kusut ni..then,pulangla aku ke pangkuan b-2-14 dengan kepala yg kusut..balik je tgk si wana n kittu,ada sket kegembiraan tercalit di muka ni (mcm ayat novel plak)..kekusutan dalam kepala mula terlerai dan hati mula berbunga-bunga selepas bercakap dengan si dia pada malam semalam..walaupun ada sket kesedihan yang xterbendung,tp sabaaar je la..aku pun buat kerja sket lagi dan tido mencari mimpi yang best untuk semalam..pagi ni plak, cam biasa..lepas cuci sket sangkar my daughters, gerak la gi lab..tapi xbuat keja lagi,masih mencari mood dan semangat untuk buat keja..wish me luck for today..

0 kritikan: