Saturday, March 10

Salam dari perantauan

Salam kepada semua yang datang menyinggah..salam dari perantauan..cewah..! haha..
yup! memang aku di perantauan sekarang..sudah genap 2 minggu aku di Pohang, South Korea..sekarang sudah bermula semester baru dan kisah baru dalam hidup aku..jadi aku membuka lembaran baru tahun ni sejak menjejakkan kaki ke Pohang University of Science and Technology (POSTECH)..sejak aku menjadi Postechian ni, banyak perkara yang aku pelajari sebagai pelajar..terutama sekali macam mana nak biasakan diri di tempat orang.sebelum ni pon aku study di tempat orang jugak (Selangor, since I am Kedahan), tapi masih di negara sendiri.. Kali ni, aku betul2 kena kuatkan fizikal dan mental untuk menjadi orang yang tidak ketinggalan di sini..tidak dinafikan memang agak sukar bagiku hidup disini sehingga aku juga pernah menitiskan air mata terhadap kesukaran yang dialami..tetapi, Allah sentiasa bersamaku..tiada tempat lain untuk aku bergantung selain Allah..kini, aku sudah memulakan kelas dan masih lagi mempelajari tentang penyelidikan yang bakal aku lakukan kerana ia merupakan bidang baru bagiku dan aku harus bermula daripada kosong..aku juga harus menjadi cepat dan laju bagi mengejar mereka yang dihadapanku..aku juga berharap blog ni bakal memberi ruang untuk aku melemparkan suka duka hidup aku..bukan di muka buku (FB) seperti yang dilakukan sesetengah orang, kerana bagiku FB terlalu luas untuk menceritakan hal peribadi..

ok la dlu untuk kali ni..later..daa~~

1 kritikan:

Unknown said...

tahniah kak wanie..semoga segalanya selamat disana..jge diri baik2 di tempat org tu...hehe